Antara Cinta dan seksual,
Ia adalah dua perkara yang berbeza. Sekiranya kita mengatakan cinta itu adalah seks, ia diumpamakan seseorang yang sedang menjamu semangkuk makanan, apabila selesai, makanan itu akan keluar dari tubuhnya dan disingkirkan. Jadi perlu difahami, Orang yang gila seks itu bukan cinta. Cinta bukan bagaikan seks atau atas dorongan seks. Ia adalah naluri yang suci. Seks itu cume cabang2nya. Kebanyakan hari ini orang memilih cinta kerana seks dan bukan sebab agama sebagaimana hadis nabi. Orang2 sekarang lebih memilih percintaan berdasarkan rupa yang cantik..badan yang lawa..pakaian yang seksi..dan itu semua hanya kerana seks. Sebab itu bila tertunainya keinginan seks maka mudah sahaja diceraikan. Masa bercerai berbagai2 aib2 dipermuntahkan.sehingga kita boleh terfikir, mereka berkahwin atas dasar apa sebenarnya .
Dulu ana cinta dia…tapi ana tak sangka akhlak dia sehodoh ini…
Ingatlah, apabila asas tak betul, maka kita akan bina bangunan2 yang rapuh dan tunggu masa untuk hancur.ia ibarat bila kita dah jemu kita tinggal.
Makanan macamna lazat pun bila kita makan ia akn hilang, wanita bagaimana cantik pun bila dah anak lapan muka dah berkedut..badan dah lenjun. Sebab itu kita kene faham bahawa cinta dan seks adalah berbeza. Seks akan hilang bila telah dipenuhi tetapi cinta akan kekal walau keinginan seksual tidak diperolehi atau diisi. Sekiranya dia peroleh maka dia akn rase lebih syg dan cinta.
Tapi kalu ditakdirkan bila dia dah bernikah dan isterinya tiba2 diuji dengan barah rahim, nauzubillah, maka rase cinta tidak akan pudar dan si suami tidak akan terbeban untuk menguruskan si isteri dan menjaganya dengan penuh ikhlas.
Suatu kisah di zaman saidina Umar, ketika beliau menjadi khalifah, beliau pernah berkata kepada isterinya bahawa beliau akan mengikut amanah khalifah dengan sebaik2nya. Sekiranya isterinya inginkan keduniaan, maka dia boleh meninggalkan beliau, tetapi jika isterinya inginkan agama, dan apa yg diperjuangkannya, maka silalah disisinya. Setelah saidina umar meninggal, seorang sahabat telah bertanya kepada isterinya Umar, “apakah perkara yang paling agung/luar biasa pernah beliau lakukan sepanjang isterinya berada disiinya ketika beliau menjadi khalifah?”
“Sepanjang beliau menjadi khalifah, aku tidak pernah mandi junub..”
Beerti, ketika Saidina Umar menjadi khalifah, mereka tidak pernah melakukan hubungan kelamin. Dan isterinya setia disisi Umar atas dasar cinta dan agama. Inilah cinta sejati. Cinta inilah yang telah membatasi keinginan seks.
Pelik sekali sekarang ini, isteri mudah dedahkan keaiban suami dan suami aibkan isteri. Tiada hak sebenarnya untuk aib suami atau isteri itu disebarkan mahupun kepada keluarga. Sebab itulah, kita kene faham bila asas cinta betul, maka binaannye juga akan kukuh.
Cinta itu sebenarnya atas hubungan kerohanian. Sekiranya kerohanian itu disemai dengan keimanan dan dibaja dengan asas2 agama yang betul, maka ia akan terus bersatu sepanjang hayat. Jika kita tidak buat atas dasar yang betul, bukan niat untuk amalkan sunah, seperti hadith…
Nikah itu sunnahku..
Atau kerana tuntutan agama…yang mana telah ditetapkan bahawa
Sememangnya Allah menjadikan pasangan lelaki itu wanita dan pasangan wanita itu lelaki,
Jika kita niat selain dari itu, seperti sebagai lambang keegoan, (ex: dek kerana wanita itu tercantik di kolej, ramai tergila2kannya..siapa yg dapat tackle dikira terhebat) Jika dia kawin atas dasar tersebut, maka mahligai yang dibina bila2 masa akan roboh. Kerana ia bagai tentera2, bilamana tentera2 ini belot, tiada kejujuran, maka dia akan memusnahkan keseluruhan kubu.
Pandangan ulamak tentang cinta
Padangan dari Imam Muhammmad Ibnu Daud Adzahri, yg bersandarkan kepada hadith baginda s.a.w…
Barang siapa yg jatuh cinta dan mampu menyembunyikannya, menjaganya dan bersabar, maka Allah akan mengampunkannya serta memasukkan dia ke dalam syurga…
Terdapat satu kisah seorang dokter lelaki yang praktikal di mesir, suatu hari sedang beri ceramah untuk wanita soal kesihatan, dia terpandangkan para wanita yang bagaikan ustazah dihadapannya. Hatinya terus luruh dan terpikat. Tiba2 apabila ade seorang wanita yang mengangkat tangannya dan bertanyakan soalan, dokter lelaki tersebut terus terkedu. Tak mampu berkata2. Dan sesi kedua , wanita tersebut juga bertanya soalan sekali lagi lalu, dokter tersebut jatuh hati pada wanita tersebut. Dia terlalu ingin merisiknya dan jumpa orang tuanya.
Jadi dia minta tolong dari kawannya untuk bertemu dgn keluarga perempuan tersebut. Tapi malangnya, pihak keluarga tersebut menolaknya secara baik kerana mereka inginkan pasangan anak mereka itu ustaz juga. Maka dokter tersebut membuat keputusan untuk mengaji agama, ambil bahasa arab di university, dan degree dalam bahasa arab. Itulah cinta, kerana sanggup letihkan diri demi ia.
Jadi tidak semestinya apabila kita sukekan seseorg wanita kita perlu sms dia atau kenalan dengan dia. X semestinya kita perlu terus luahkan. Bkn jupe kat tasik, tesco..atau ruang2 yang tersembunyi, ia x betul. Sebaiknya kita menggunakan orang tengah untuk sampaikn lamaran. Tapi jika ditolak atau tidak diminati, sebaiknya tolak dengan baik dan cadangkan seorang lelaki baik yang lain. Maka itulah yang sebaiknya. Kita perlu risik guna cara yang betul seperti dalam islam. Apabila kita jatuh suke dan cinta pada seseorang seharusnya dan sebaiknya kita menyembunyikannya dahulu, bersabar,terus solat istikharah dan berdoa,
“ya allah, jika ini fitnah bagiku maka engkau lenyapkanlah, tetapi jika ini jawapan pada ku untuk teruskan bina mahligai, maka selesaiknlah ia dengan cara baik.”
Maka jika kita meninggal moga Allah memasukkan kita dalam syurga.
Ade kisah seorang tabii’ yang jatuh cinta sehingga sakit, dan wanita tersebut pula akan dinikahkan dengan orang lain iaitu sahabatnya..tetapi lelaki ini terus bersabar sehingga jatuh sakit yang amat dan meninggal..inilah dia orang yang mati shahid berdasarkan hadith,
Barang siapa yang jatuh cinta kemudian tetap menjaga diri dan menyimpannya sehingga dia meninggal dunia, maka orang itu dikira shahid..
Ingatlah apabila kita telah jatuh cinta tak semestinya kita akan memilikinya. Cinta bukanlah tercela, tapi ia kan tercela jika tidak ikut cara agama, iaitu ikut nafsu.
Ade satu kisah, ade sepasang kekasih yg jatuh cinta lalu terus bercinta dan bercinta..lalu tiba2 suatu hari ade lelaki lain yang masuk merisik dan keluarganya menyetujui, lalu si lelaki dari pasangan kekasih itu berkata,
“ ingat, setelah aku dapat maka aku tidak akan melepaskannya, aku akan terus menghabat sehingga aku dapat,”
Inilah jadinya apabila kita bercinta tidak mengikut cara islam.
Ade pula satu kisah yang lain dimana si wanita yang telah lama berhubungan dengan seorang lelaki, tiba2 jatuh cinta pada seorang lelaki lain dan merahsiakan bahawa mereka akan bernikah. Si lelaki tadi yang telah mnyerahkan jiwa raganya pada perempuan ini akhirnya sanggup membunuh perempuan tersebut dan ade juga kes yang lelaki bunuh lelaki lain demi mendapatkan wanita pujaannya.
Kalau kita lihat sebenarnya, percintaan dan hubungan couple di kolej2 dan kampus, ia adalah sesuatu budaya barat. Berjumpa, makan bersama, melayan perasaan bersama,then berbulan2 dan bertahun2 baru bernikah. Ini tidak betul dan semua itu buang masa. Gambaran cinta dalam islam adalah sesuatu yang amat indah secara totally.
Ia akan menjadi cinta yang terpuji jika kita menggunakan cara yang betul. Kenapa kita malu dengan proses yang betul tapi tak malu dengan sesuatu proses yang tak betul iaiitu kemaksiatan. Kita boleh merisik menggunakan felo2..lecturer2..kakak2 yang boleh dipercayainya dan lain2. Tolak atau terima itu adalah sesuatu yang biasa dan x perlu terasa. Dapatkan gambaran yang betul. Pastikan risikan tidak sampai buka nama si pelamar, itu sebaiknya.
Contoh…
“saya dtg membawa lamaran seorang lelaki yg telah terpikat.”
Maka si gadis tadi hendaklah istikharah sebaiknye dlu jawab ya atau tdk. Walau ketika itu dia masih tak tahu namanya dan wajahnya.
Mohon waktu fikir dan istikharah. kemudian barulah boleh mula proses lihat wajah dan tangan.dan sekiranya tidak puas kita masih boleh melihatnya dan berbicara dengannya. Kalau selama tempoh itu tidak puas hati maka masih boleh menolak dengan cara baik. Islam telah beri garisan yang betul. X perlu cari alternative lain.
Barangsiapa beriman kepada ALLAh dan hari akhir, maka janganlah sesekali dia berdua2an di tempat sepi dengan seorang wanita sedang mereka tidak punyai hubungan mahram, kerana antara mereka ada yang ketiganya iaitu syaitan.
Kerana itu, couple itu adalah maksiat. Berjupe di tempat2 privacy dan tak mahu diganggu, akan ade syaitan disitu. Tiada lagi rahmat dan keberkatan. Jika kita bina asas dari paksi yang salah, ia tak akan lama.
Jadi, jika sebelum ini kita melakukan perkara tersebut, kembalillah kepada fitrah yang betul. Stop couple, henti sms, henti jalan berdua, henti manja suara dan sebagainya.
Apabila kita terjebak dalam maksiat, maka rosaklah amal kita, ibadah kita, solat dan puasa kita serta amalan2 yang lain.
Balasan bg orang yang bersabar dalam ujian, samaada berat atau ringan, maka Allah akn anugerahkan ganjaran yang besar disisinya, tapi klu tak, maka balasan setimpal akan menimpa kita.
Cinta yang kita lahirkan mestilah mengikut susunan yang telah digariskan islam untuk kita. Mulanya cinta kepada Allah..kedua kepada RasulNya. Ketiga berjihad dijalan Allah. Dan seterusnya barulah..ibubapa kita..anak2 dan isteri2…
Jadi , priority wanita yang kita cinta mestilah mengikut susunan yang dberi. Jangan kerana cnta kita yang mendalam pada wanita mengatasi cinta kita pada Allah. Sebagai contoh, apabila azan telah dilaungkan, kita masih dibawah pokok dan berdua dengan wanita. Kerana ditakuti wanita itu merajuk dan sebagainya. Namun aneh kerana kita sanggup meninggalkan solat berjemaah sebaik azan dilaungkan,(bagi lelaki) dan menemani wanita yang kita cinta.Ini sudah salah dalam kita letakkan keutamaan. Sama juga sekiranya kita cinta kepada Allah ( yg menandakan tggalkan maksiat kerana cintai Allah )tapi kita melakukn maksiat dengan bercouple dgn wanita.
Ingat lah ayat ini..
Surah an nur , 26
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
Jika anda benar2 menjaga tuntutan agama, Allah akan persembahkan seorang permaisuri yang hebat yang juga menjaga agama, yang tidak akan membawa dosa dan maksiat dalam kehidupan anda. Para cendekiawan islam bersetuju mengatakan, sekiranya kita tidak melakukan sesuatu yang melanggar tuntutan agama, maka kita juga akan didatangi dengan sesorang yang baik, yang same seperti diri kita yaitu menjaga tuntutan agama. Tapi jika kamu suka mendatangi wanita, buat perkara2 yang rosak, yang tak baik, tibe kamu mahu wanita yang baik, akn ade keburukan di belakang hari. Allah itu Maha Adil.
Ingat, jangan bercerita dengan orang yang tidak berakhlak mengenai rase jiwa dan perasaan anda, kerana mereka ini akan mengfitnah anda dan memburuk2kan anda. Berceritalah kepada orang yang amanah dan berakhlak. Maka dia akn menjaga rahsia anda sebaiknnya.
Sekian sahaja…syukaran jazilan sudi meluahkan masa..moga bermanfaat..=)
No comments:
Post a Comment