Wahai bakal suami yang tidak ku kenali….
Aku teramat merindui dirimu disaat ini…
Maka ku nukilkan warkah ini buatmu…
Agar suatu saat nanti kau akan membacanya…mendengar..dan memahaminya…
Wahai bakal suami yang akan ku cintai…
Tika kau ingin mengkhitbahku…
Janganlah kau gundah gelana…takut dengan jawapan yangbakal ku berikan…
Cukuplah kau bersedia dari segi agamamu…
Kerana bukan rupa yang aku inginkan…
Bukan harta yang aku impikan…
Bukan pangkatmu yang aku agungkan…
Tetapi…kekuatan peganganmu pada penciptaku yang ku mahukan….
Wahai bakal imamku…
Di saat kau meminangku nanti…
Tidak perlulah bersusah payah kau menyediakan hantaran2 yang mahal2 buatku…
Emas…intan mahupun permata…semuanya hanya perhiasan didunia…
Hakikatnya…aku tidak memerlukan lebih dari keperluanku….
Cukuplah sekadar kau menyediakan sepersalinan pakaianku..
Yang dapat ku baluti auratku selengkapnya…beserta penutup wajahku…
Cukuplah sekadar kalamullah yang indah….
Agar dapat ku beri makanan kepada rohaniku…
Cukuplah sekadar untaian tasbih cinta…
Untuk hiasan jemari dan bibirku di setiap usai solatku…
Wahai bakal pembimbingku….
Tika kau menjadi suamiku….
Aku tidak meminta lebih darimu dalam berhari…
Tidak perlulah kau menghulurkan nafkah buatku berlebih-lebihan….
Kerana bukan itu yang aku pentingkan….
Tetapi...
Cukuplah sekadar aku mendengar untaian kalamullah yang indah di setiap solatku…
Cukuplah sekadar aku menerima keampunan dan redhamu pada diriku di setiap hari2ku…
Cukuplah sekadar aku menerima cinta demi ilahi darimu buatku…
aku mungkin bukan wanita yang pandai memasak mengikut citarasamu selalu di dapur…
aku mungkin bukan wanita yang bijak menguruskan rumahmu mengikut keselesaanmu…
aku mungkin bukan wanita yang pantas dalam memberi layanan terbaik buatmu…
namun aku berjanji duhai bakal suamiku…
aku akan melakukan yang terbaik dalam menjadi isterimu…
aku rela dirotanimu disetiap kesalahan yang aku lakukan…
kerana redha ilahi buatku…terletak pada keredhaanmu padaku…
selagi mana aku mentaatimu…maka selagi itulah Penciptaku akan sama merahmatiku…
wahai bakal suami yang akan kukasihi…
sampai disini sahaja warkahku buatmu…
aku pasti akan menulis lagi di lain waktu…
kerana diri ini sentiasa merinduimu selalu…
di saat dan tika ini…
aku memanjatkan doa ke hadrat ilahi…
agar jodoh kita akn bertemu secepat yang pasti…
agar kita tidak lagi slaing terseksa merindui begini…
aku amat menanti saat kau menghulurkan jemarimu…
setelah kau usai melafazkan kau akan menerimaku…
aku amat menanti saat2 indah itu…
pasti airmataku akan menitis laju…
kerana penantianku selama ini telah berakhir di waktu itu….
Ya Allah ya Tuhanku…
Sampaikanlah rinduku buatnya….
Aminn ya rabb….
No comments:
Post a Comment