Saturday, March 31, 2012

sambungan Bercinta Cara Islam

Antara Cinta dan seksual,

Ia adalah dua perkara yang berbeza. Sekiranya kita mengatakan cinta itu adalah seks, ia diumpamakan seseorang yang sedang menjamu semangkuk makanan, apabila selesai, makanan itu akan keluar dari tubuhnya dan disingkirkan. Jadi perlu difahami, Orang yang gila seks itu bukan cinta. Cinta bukan bagaikan seks atau atas dorongan seks. Ia adalah naluri yang suci. Seks itu cume cabang2nya. Kebanyakan hari ini orang memilih cinta kerana seks dan bukan sebab agama sebagaimana hadis nabi. Orang2 sekarang lebih memilih percintaan berdasarkan rupa yang cantik..badan yang lawa..pakaian yang seksi..dan itu semua hanya kerana seks. Sebab itu bila tertunainya keinginan seks maka mudah sahaja diceraikan. Masa bercerai berbagai2 aib2 dipermuntahkan.sehingga kita boleh terfikir, mereka berkahwin atas dasar apa sebenarnya .

Dulu ana cinta dia…tapi ana tak sangka akhlak dia sehodoh ini…

Ingatlah, apabila asas tak betul, maka kita akan bina bangunan2 yang rapuh dan tunggu masa untuk hancur.ia ibarat bila kita dah jemu kita tinggal.

Makanan macamna lazat pun bila kita makan ia akn hilang, wanita bagaimana cantik pun bila dah anak lapan muka dah berkedut..badan dah lenjun. Sebab itu kita kene faham bahawa cinta dan seks adalah berbeza. Seks akan hilang bila telah dipenuhi tetapi cinta akan kekal walau keinginan seksual tidak diperolehi atau diisi. Sekiranya dia peroleh maka dia akn rase lebih syg dan cinta.


Tapi kalu ditakdirkan bila dia dah bernikah dan isterinya tiba2 diuji dengan barah rahim, nauzubillah, maka rase cinta tidak akan pudar dan si suami tidak akan terbeban untuk menguruskan si isteri dan menjaganya dengan penuh ikhlas.

Suatu kisah di zaman saidina Umar, ketika beliau menjadi khalifah, beliau pernah berkata kepada isterinya bahawa beliau akan mengikut amanah khalifah dengan sebaik2nya. Sekiranya isterinya inginkan keduniaan, maka dia boleh meninggalkan beliau, tetapi jika isterinya inginkan agama, dan apa yg diperjuangkannya, maka silalah disisinya. Setelah saidina umar meninggal, seorang sahabat telah bertanya kepada isterinya Umar, “apakah perkara yang paling agung/luar biasa pernah beliau lakukan sepanjang isterinya berada disiinya ketika beliau menjadi khalifah?”

“Sepanjang beliau menjadi khalifah, aku tidak pernah mandi junub..”

Beerti, ketika Saidina Umar menjadi khalifah, mereka tidak pernah melakukan hubungan kelamin. Dan isterinya setia disisi Umar atas dasar cinta dan agama. Inilah cinta sejati.  Cinta inilah yang telah membatasi keinginan seks.

Pelik sekali sekarang ini, isteri mudah dedahkan keaiban suami dan suami aibkan isteri. Tiada hak sebenarnya untuk aib suami atau isteri itu disebarkan mahupun kepada keluarga. Sebab itulah, kita kene faham bila asas cinta betul, maka binaannye juga akan kukuh.
Cinta itu sebenarnya atas hubungan kerohanian. Sekiranya kerohanian itu disemai dengan keimanan dan dibaja dengan asas2 agama yang betul, maka ia akan terus bersatu sepanjang hayat. Jika kita tidak buat atas dasar yang betul, bukan niat untuk amalkan sunah, seperti hadith…

Nikah itu sunnahku..

Atau kerana tuntutan agama…yang mana telah ditetapkan bahawa

Sememangnya Allah menjadikan pasangan lelaki itu wanita dan pasangan wanita itu lelaki,

Jika kita niat selain dari itu, seperti sebagai lambang keegoan, (ex: dek kerana wanita itu tercantik di kolej, ramai tergila2kannya..siapa yg dapat tackle dikira terhebat) Jika dia kawin atas dasar tersebut, maka mahligai yang dibina bila2 masa akan roboh. Kerana ia bagai tentera2, bilamana tentera2 ini belot, tiada kejujuran, maka dia akan memusnahkan keseluruhan kubu.

Pandangan ulamak tentang cinta

Padangan dari Imam Muhammmad Ibnu Daud Adzahri, yg bersandarkan kepada hadith baginda s.a.w…

Barang siapa yg jatuh cinta dan mampu menyembunyikannya, menjaganya dan bersabar, maka Allah akan mengampunkannya serta memasukkan dia ke dalam syurga…

Terdapat satu kisah seorang dokter lelaki yang praktikal di mesir, suatu hari sedang beri ceramah untuk wanita soal kesihatan, dia terpandangkan para wanita yang bagaikan ustazah dihadapannya. Hatinya terus luruh dan terpikat. Tiba2 apabila ade seorang wanita yang mengangkat tangannya dan bertanyakan soalan, dokter lelaki tersebut terus terkedu. Tak mampu berkata2. Dan sesi kedua , wanita tersebut juga bertanya soalan sekali lagi lalu, dokter tersebut jatuh hati pada wanita tersebut. Dia terlalu ingin merisiknya dan jumpa orang tuanya.

Jadi dia minta tolong dari kawannya untuk bertemu dgn keluarga perempuan tersebut. Tapi malangnya, pihak keluarga tersebut menolaknya secara baik kerana mereka inginkan pasangan anak mereka itu ustaz juga. Maka dokter tersebut membuat keputusan untuk mengaji agama, ambil bahasa arab di university, dan degree dalam bahasa arab. Itulah cinta, kerana sanggup letihkan diri demi ia.

Jadi tidak semestinya apabila kita sukekan seseorg wanita kita perlu sms dia atau kenalan dengan dia. X semestinya kita perlu terus luahkan. Bkn jupe kat tasik, tesco..atau ruang2 yang tersembunyi, ia x betul. Sebaiknya kita menggunakan orang tengah untuk sampaikn lamaran. Tapi jika ditolak atau tidak diminati, sebaiknya tolak dengan baik dan cadangkan seorang lelaki baik yang lain. Maka itulah yang sebaiknya. Kita perlu risik guna cara yang betul seperti dalam islam. Apabila kita jatuh suke dan cinta pada seseorang seharusnya dan sebaiknya kita menyembunyikannya dahulu, bersabar,terus solat istikharah dan berdoa,

“ya allah, jika ini fitnah bagiku maka engkau lenyapkanlah, tetapi jika ini jawapan pada ku untuk teruskan bina mahligai, maka selesaiknlah ia dengan cara baik.”

Maka jika kita meninggal moga Allah memasukkan kita dalam syurga.
Ade kisah seorang tabii’ yang jatuh cinta sehingga sakit, dan wanita tersebut pula akan dinikahkan dengan orang lain iaitu sahabatnya..tetapi lelaki ini terus bersabar sehingga jatuh sakit yang amat dan meninggal..inilah dia orang yang mati shahid berdasarkan hadith,

Barang siapa yang jatuh cinta kemudian tetap menjaga diri dan menyimpannya sehingga dia meninggal dunia, maka orang itu dikira shahid..

Ingatlah apabila kita telah jatuh cinta tak semestinya kita akan memilikinya. Cinta bukanlah tercela, tapi ia kan tercela jika tidak ikut cara agama, iaitu ikut nafsu.

Ade satu kisah, ade sepasang kekasih yg jatuh cinta lalu terus bercinta dan bercinta..lalu tiba2 suatu hari ade lelaki lain yang masuk merisik dan keluarganya menyetujui, lalu si lelaki dari pasangan kekasih itu berkata,

“ ingat, setelah aku dapat maka aku tidak akan melepaskannya, aku akan terus menghabat sehingga aku dapat,”

Inilah jadinya apabila kita bercinta tidak mengikut cara islam.

Ade pula satu kisah yang lain dimana si wanita yang telah lama berhubungan dengan seorang lelaki, tiba2 jatuh cinta pada seorang lelaki lain dan merahsiakan bahawa mereka akan bernikah. Si lelaki tadi yang telah mnyerahkan jiwa raganya pada perempuan ini akhirnya sanggup membunuh perempuan tersebut dan ade juga kes yang lelaki bunuh lelaki lain demi mendapatkan wanita pujaannya.

Kalau kita lihat sebenarnya, percintaan dan hubungan couple di kolej2 dan kampus, ia adalah sesuatu budaya barat. Berjumpa, makan bersama, melayan perasaan bersama,then  berbulan2 dan bertahun2 baru bernikah. Ini tidak betul dan semua itu buang masa. Gambaran cinta dalam islam adalah sesuatu yang amat indah secara totally.

Ia akan menjadi cinta yang terpuji jika kita menggunakan cara yang betul. Kenapa kita malu dengan proses yang betul tapi tak malu dengan sesuatu proses yang tak betul iaiitu kemaksiatan. Kita boleh merisik menggunakan felo2..lecturer2..kakak2 yang boleh dipercayainya dan lain2. Tolak atau terima itu adalah sesuatu yang biasa dan x perlu terasa. Dapatkan gambaran yang betul. Pastikan risikan tidak sampai buka nama si pelamar, itu sebaiknya.

Contoh…

“saya dtg membawa lamaran seorang lelaki yg telah terpikat.”

Maka si gadis tadi hendaklah istikharah sebaiknye dlu jawab ya atau tdk. Walau ketika itu dia masih tak tahu namanya dan wajahnya.

Mohon waktu fikir dan istikharah. kemudian barulah boleh mula proses lihat wajah dan tangan.dan sekiranya tidak puas kita masih boleh melihatnya dan berbicara dengannya. Kalau selama tempoh itu tidak puas hati maka masih boleh menolak dengan cara baik. Islam telah beri garisan yang betul. X perlu cari alternative lain.

Barangsiapa beriman kepada ALLAh dan hari akhir, maka janganlah sesekali dia berdua2an di tempat sepi dengan seorang wanita sedang mereka tidak punyai hubungan mahram, kerana antara mereka ada yang ketiganya iaitu syaitan.

Kerana itu, couple itu adalah maksiat. Berjupe di tempat2 privacy dan tak mahu diganggu, akan ade syaitan disitu. Tiada lagi rahmat dan keberkatan. Jika kita bina asas dari paksi yang salah, ia tak akan lama.

Jadi, jika sebelum ini kita melakukan perkara tersebut, kembalillah kepada fitrah yang betul. Stop couple, henti sms, henti jalan berdua, henti manja suara dan sebagainya.
Apabila kita terjebak dalam maksiat, maka rosaklah amal kita, ibadah kita, solat dan puasa kita serta amalan2 yang lain.

Balasan bg orang yang bersabar dalam ujian, samaada berat atau ringan, maka Allah akn anugerahkan ganjaran yang besar disisinya, tapi klu tak, maka balasan setimpal akan menimpa kita.

Cinta yang kita lahirkan mestilah mengikut susunan yang telah digariskan islam untuk kita. Mulanya cinta kepada Allah..kedua kepada RasulNya. Ketiga berjihad dijalan Allah. Dan seterusnya barulah..ibubapa kita..anak2 dan isteri2…

Jadi , priority wanita yang kita cinta mestilah mengikut susunan yang dberi. Jangan kerana cnta kita yang mendalam pada wanita mengatasi cinta kita pada Allah. Sebagai contoh, apabila azan telah dilaungkan, kita masih dibawah pokok dan berdua dengan wanita. Kerana ditakuti wanita itu merajuk dan sebagainya. Namun aneh kerana kita sanggup meninggalkan solat berjemaah sebaik azan dilaungkan,(bagi lelaki) dan menemani wanita yang kita cinta.Ini sudah salah dalam kita letakkan keutamaan. Sama juga sekiranya kita cinta kepada Allah ( yg menandakan tggalkan maksiat kerana cintai Allah )tapi kita melakukn maksiat dengan bercouple dgn wanita.

Ingat lah ayat ini..

Surah an nur , 26
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

Jika anda benar2 menjaga tuntutan agama, Allah akan persembahkan seorang permaisuri yang hebat yang juga menjaga agama, yang tidak akan membawa dosa dan maksiat dalam kehidupan anda. Para cendekiawan islam bersetuju mengatakan, sekiranya kita tidak melakukan sesuatu yang melanggar tuntutan agama, maka kita juga akan didatangi dengan sesorang yang baik, yang same seperti diri kita yaitu menjaga tuntutan agama. Tapi jika kamu suka mendatangi wanita, buat perkara2 yang rosak, yang tak baik, tibe kamu mahu wanita yang baik, akn ade keburukan di belakang hari. Allah itu Maha Adil.

Ingat, jangan bercerita dengan orang yang tidak berakhlak mengenai rase jiwa dan perasaan anda, kerana mereka ini akan mengfitnah anda dan memburuk2kan anda. Berceritalah kepada orang yang amanah dan berakhlak. Maka dia akn menjaga rahsia anda sebaiknnya.

Sekian sahaja…syukaran jazilan sudi meluahkan masa..moga bermanfaat..=)

Saturday, March 24, 2012

CinTa Dari KaCaMata Islam~ Ustaz Ismail,UTM 2008

Ape yg ana coretkan disini semuanye adalah buah pemikiran ustaz ismail yg telah memberi ceramah di UTM pada tahun yg ana x brape pasti dan inilah tajuknye. Ana ade dgr byk kali ceramah yg sme sbb ia sgt best...

Apabila kite mula ingin mgupas topic yg teramat hangat di pasaran..di shopping mall.. dan cafe2 kampus ni…semua orang akn mule membeliakkn bijik matanye kearah tulisan2 Comic Sans MS dlm blog xsberapa ni dgn tahap gaban. Bagi yg blom solat tu ana nasihatkn pergilah solat dlu..yg blom mkn..jgn mkn smbil mmbace takut buncit perott tu..sebab isu kali ni agak byk yg nak kite kupas sedalam2nye.insyaAllah



Ilmu percintaan ni amat luas dan hanya org yg pernah melaluinye saja tahu dan faham akan soal ini. Ssungguhnye cinta ini satu anugerah ilahi. Ia bkn perkara yg jijik atau kotor..bkn naluri insan atau trkeluar dr batasan agama. Pernah satu ketika dizaman rasullullah s.a.w..ade seorg sahabt ini mmberitahu kpda seorg sahabt lain..

”daku dapati bahawa anakmu itu telah jatuh cinta pada seorg wanita …”

maka jawab sahabat ini tadi..

”aku bersyukur kerana anakku telah diletakkn didalam fitrah yg betul, sbb lelaki memang akan jatuh cinta pada wanita”..

Jatuh cinta x salah tetapi cara mnguruskannye yg perlu kite ambik prhatian.  Harini kite kene faham, bagaimana kite nak uruskan hal cinta dalam kehidupan..mula2 suke..alahai..sopannye si siswi tu..alahai segaknye si siswa tu..kemudian timbul pula rase cinta…bila timbul itu adalah prkara normal…cume kite sbgai seorg muslim n muslimah..kite kne twu cne nk organisekn bende tu dalam hati kite…

Surah Az Zariyat 51:49
“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah”.

Allah menciptakan setiap sesuatu itu secara berpasang pasangan. Malam dan siang..miskin dan kaya..senang dan susah..maka adam juga pasangannya hawa..lelaki pasangannya perempuan.

Bende ni kite kene faham..Klu kite x fhm cne kite nk uruskan naluri suke ni…
Cube kite lihat dari peringkat awal, kanak2 tiada nafsu di peringkat awal.…ade hadis yg mengatakn..

didiklah anakmu solat ketika umur 7 tahun.

Dalam psikologi islam ditekankan setiap didikan seperti social, tatacara dan sikap mule umur 7 tahun. Contohnye ajar anak jgn pakai seluar pendek mula pakai tudug. Tapi jika mereka xnak, jgn dimarah. Sebaliknye teruskan nasihat hingga usianye 10tahun..

Dan hendaklah kamu pukul ankmu ketika usianye 10 tahun.

Mase umur tu perlu anak itu tahu bagaimana solat, pergaulan dan sbginye.
Pakar psikologi menekankan bahawa sakirenye 200x kite kluarkan kata pada anak maka anak kite akan dpt terime didikan itu. Bila anak msuk 7 thun, dia mula rse sesuatu yg berbeza, contoh, rase ingintahu lebih lanjut soal laki dan wanita akan timbul bila tonton cerita2 antara laki dan prmpuan dsbginye… proses pengurusan itu lah yg perlu kite faham.

Dari saidina ali r.a,
Yang aku khuatiri dari kamu semua adalah 2 perkara, iaitu panjang angan2 dan mengikut hawa nafsu. Panjang angan2 itu akan melupakan akhirat, sedangkan mengikuti hawa nafsu itu akan menghalang dari kebenaran.

Contoh..

aku lepas grade ni nak ade isteri lawo..nak keje besor..ade rumah besor bak istana.Target after 5years dah jadi penguros dgn gaji besor….huuu..

Tak salah kalu khayalan itu adalah satu objektif untuk kite imarahkan alam ini dgn angan yg betul. Ade sesetengah yg kate khayalan ni kdg2 jadi nyata. Mksud khayalan dr hadis diatas adalah kite berangan2 tanpa melihat kemampuan atau prosedur yg betul. Urusan dunia ini sbnrnye sgt simple. Nk terbangkan org ke marikh, nk cipta senjata canggih itu simple. Sebab itu, musyawarahlah. Tapi yg sukarnye adalah ilmu2 tauhid, sbb ia telah di samar2kan oleh syaitan. Sbb brlaku nye bgini adalah kerana tingginya angan2..

Aku nak bulan madu, mggu satu europe..minggu kdua jepun..ketiga china.

Angan2 seperti iniklah yg akn mmbwa kpd pembaziran dan tiada faedah..
Org yg panjang angan2 akan lupekan akhirat. Dia lupe yg usia mude ini akan di hisap, waktu kite dihisap. Hati kite akan di hisap, pemikiran, percakapan, pendengaran.
Sebab itu nabi s.a.w kata, setelah isyak tu kalu tiade ape2 keje lagi, tido la. Jgn plak makan kat kafe smpi kafe tutop, kul 12 smpai satu..duk mrepek dgn keropok kerepek..
Jgn biar waktu kite brlalu dgn sesuatu yg tidak faedah. Orang yg brkhayal ni azan panggil pn takkan dgr..dr satu waktu ke satu waktu dan seterusnye…bile dia lupe akhirat hidup takde perancangan.

Lagi satu, orang yg ikot hawa nafsu akan mghalang dirinya dari kebenaran. Segala kebenaran dia tak nmpk, yg nmpk hnya kemaksiatan dan kemungkaran. Sebab itu org yg layan nafsu ni akan terus menagih dr org yg melayannye. Jadi jgn tunduk pda nafsu. Contoh skali tonton vcd lucah dia akn dihambat dan terus ditagih oleh hawa nafsu buat kali yg kedua ketiga dan sterusnye... skali dia sntuh tgn prmpuan yg dinisbahkan nabi s.a.w iaitu lebih teruk dari mnyentuh kulit babi, nafsu akn meruntun jiwanya untuk buat yang keduanya..mula dari sentuhlah jemarinye…then sentuhlah lengannya ..kemudian bahunye..dan strusnye. Nauzubillah.

Nafsu akan terus desak dan setan akn trus mggoda anda. Sebab itu jgn sesekali kite mengikut hawa nafsu kite. Sebab bile kite dah trtagih dgn hawa nfsu, mata hati kite akn tertutup dgn kbenaran dan mngagungkan kemaksiatan..

Kau x faham punye…naluri kami ni lain…kau dah tua..anak dah lapan..kau x faham fananye cinta kami..

Ibu zaman tua..ibu x lalui zaman kami…zaman sms…dulu zaman toreh getah..kini zaman duit ujong jari..ibu x fhm klu org cite pn…

Itulah jadinya bila diri kita dihambat nafsu, hati kite tertutup dek kerana kemaksiatan yg kita lakukan.

Ade seorang ulamak terkemuka yg pakar dlm bdg cinta,…katanye keterpikatan kpda seorg wanita, ianya bagai ketagihan candu..ketagihan dadah..bagai majnun laila..

telah ku lihat pintu2 kota baghdad semuanye tergambar wajah2 laila.

 Smpi stu hari bila majnun masuk ke dalam msjid ketika org sedang solat, dia lalu dihadapan orang tersebut, lalu orang itu menghalang,namun majnun langgar juga..katanya..

Laila…laila…

Itulah Majnun yang sedang fana…
Setelah usai solat org tersebut pun tegur majnun..

Hai majnun..kau tidak nampakkah bahawa aku sedang solat..mengapa engkau melintasiku?

astaghfirullah…aku x sangka,cintaku kpd laila lebih khusyuk dari solatmu kpda Tuhan…

lihat..itulah org yg amat fana dgn prcintaan.. demi Allah sesungguhnye cinta itu amat agung untuk dapat dlihat. Kerna itulah cinta x dapat dilihat.
Sebab itu orang bercinta ini ibarat orang yang sedang muntah, klu kite nk nasihat dia sme la mcm kite nk bagi dia durian mse dia tgh muntah. Dia xkn layan kite..
contoh mcm ketika  dia sedang  brSMS. Kalu kite tegur dia waktu tu dia xkn dgr punye..dia mungkin akn layan kite ye2..urm2....tapi sebentar lagi mesti dia akan keluar ke tasik atau..belakang bngunan untuk smbung mesej balik.
So,nak nasihat dia kite kene cari mse bila dia tengah reda, lepas dia dah kumur dan dah selese dari muntahnye.. baru kite boleh bagi dia durian…iaitu mse dia  tak fikirkan kekasih dia.

Cinta itu ibarat api yg bersemayam di dalam batu. Jika dinodai ia akan membakar..jika hendak ditinggalkan ia akan dibayangi…

Oleh lukman nul hakim,
Nafsu itu ibarat api di dalam batu ..

Bila ia digeselkan..ia akn membakar ranting2 kayu di sekelilingkan lalu akhirnya membakar seluruh tubuh orang yang berjiwa nafsu tersebut.
cinta adalah salah satu prkara bila ia datang dalam diri seseorang ia perlu dikongsi dengan orang yang amanah. Kerana orang yang amanah sahaja yang boleh dipercayai untuk menjaga rahsia kita sebaiknya dan boleh member pertolongan kepada kita. Jika kita nyatakan cinta dan rase hati kita pada orang yang tidak amanah, kemungkinan di hati orang tersebut akan timbul kata2 seperti ini…

Orang tu kopiah, solat penuh tapi tak sangka jatuh cinta.
Jatuh cinta sememangnya tidak salah tetapi kita perlu jaga diri kita dari disalah erti oleh sesetengah pihak, maka hendaklah kita memberitahu dan berbincang pada orang yang amanah supaya dapat dia bantu kita selesaikan masalah tadi.

bersambung~

Friday, March 2, 2012

ini ustaz ambe...^^ ~UAI

TAK KENAL MAKA TAK CINTA:

mAKA maghi kite kenali ustaz kesayangan kite :

: sedikit ringkasan dr PETIKAN mAJALAH aNIS...

BETDAY ustaz 12 feb 1964 (48 yrs) 
asal KT
SEK : SR HJ MOHD SYARIF ALOQ STAQ
SM DARUL AMAN ALOQ STAQ TGKTN 1 & 2 
(sek ni sek ambe gok, dok caye ustaz senior ambe...)

SM sultan sulaiman KT (TGKTN 3-6)

APA YG MENARIK TTG USTAZ:

1.ustaz pernah wakil Tganu dlm acara bbasikal
2.Ustaz pandai bermain gitar bukan utk glamor, tp sekadar hobi
3.Umur 25 tahun ustaz mula mencari tuan guru utk mdalami pelbagai ilmu agama,(7 ORG GURU USTAZ) TG HJ SYED MOHKTAR
TG MOHD HAKIM
TG HJ ABD RAHMAN
TG HJ AWANG
TG TG HJ IBRAHIM
TG HJ HASHIM
TG HJ MAT ZAIN
Ustaz belajar nahu, sorof, balaghoh, mustalahal hadis, Usul Tafsir, Usul Fiqh, Qawaid, Kitab2 Jawi, Usulluddin, Hadis, Sirah Nabawi, Faraid.
4.Lebih kurg 12 tahun belajar,kemudian ustaz mula mengajar.
5.Ustaz ada website surauladang.net 1999, kemudian ditukar kpd ustazazhar.com 2005.
6.Usaz juga mbc fatwa2 dr mufti Mesir, Jordan dan syria dll.
7.Ustaz bc kitab sehingga 3 pg, bila mngntuk, ustaz wajibkan diri ambil 3 kitab utk dibc,kdg2 ustaz ttidur dgn kitab2.
8.kebiasaan ustaz mbc lebih kurg 20 kitab sehari (kite? se kitab pun ngantuk dah..)
9.Pesan ustaz, menuntut ilmu perlukan kesungguhan
10.Ustaz kabo, lazimnya manusia ada 2 masa, masa rajin dan masa malas "masa rajin kita perlu bsungguh2 pergi kuliah, belajar sbyk mungkin ilmu krn akn sampai masanya kita akan rs malas. Ketika malas, kita akan bfikir utk duduk shj di rumah. Waktu itu sekurg2nya kita sudah mpunyai "bekal" di dada". (dah kite...guane...malas sokmo.sbb tu dok bulih bekal hok ustaz maksudkan..)
11.Isteri ustaz kabor ustaz gi jugok rumah tuk guru utk menuntut ilmu wlaupun hujan lebat dan basah kuyup.(gigihnye ustaz, dah kite ..hujan lebat..ade kereta, dok gi kuliah agama...)
12.Tuk guru ustaz kabor " kalu ustaz azhar idrus, dia mesti dtg wlaupun hujan lebat,kalu ustaz azhar hok lain dok tahu la...(kih kih kih)
13.Ustaz kabo lg, kpd ibubapa yg mcari formula nok didik anak2...agamalah formula yg bkesan.
14. Ustaz kabo lg, jika seorg isteri dan ibu bersedia menjadikan diri mrka ustazah dan rumah mrka adalah sekolah, InsyaAllah ia akn mhasilkn keluarga yg cmrlg dan gmilg di dunia dan di akhirat.

wallahua'lam.terima kasih kpd MAJALAH ANIS krn mengangkat martabat para ilmuan dan ulama' sbg contoh/idola kpd masyarakat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...