Memasuki alam pengajian tinggi dan
bergelar mahasiswa merupakan satu saat yang diimpikan oleh setiap pelajar.
Zulaika merupakan seorang pelajar tahun satu Universiti teknologi Mara.
Menjejak kaki ke alam universiti sudah menjadi impiannya sejak di bangku
sekolah lagi.
Zulaika yang lahir dari keluarga yang
sederhana akan tetapi bekalan agama yang diberikan oleh kedua ibu bapa Zulaika
menjadikan dia seorang mahasiswi yang menjaga kesopanan dan ketinggian
agamanya. Pergaulan bebas dan aktiviti sosial yang melampau tidak langsung
dapat menyelinap masuk ke dalam jiwa Zulaika. Zulaika juga antara aktivis
mahasiswa yang lantang menolak budaya “couple” dalam kalangan mahasiswa.
Tetapi takdir Allah swt menentukan ujian
buat Zulaika. Semasa tahun ketiga pengajian Zulaika. Dia diuji dengan kehadiran
seorang mahasiswa yang berani mengetuk pintu hati kewanitaannya dengan sms perkenalan
dan kata-kata nasihat sebagai wasilah untuk membuka ruang zina antara mereka
berdua, jalan menghalalkan “couple” dengan menyarungkan jubah nasihat dan sms
ukhuwah fillah abadan abada.
Talifone milik Zulaika malam itu
berdering menandakan satu mesej pesanan ringkas menerjah masuk ke ruang
peribadinya tanpa tapisan.
“Assalamualaikum
ukhti salam ukhuwah, ana Syarif.”
Berkerut dahi Zulaika membaca sms
tersebut. Syarif?? Bisiknya dalam hati.
“waalaikumusalam, kenapa?” balas Zulaika
demi menjaga ikhtilat antara muslimin dan muslimat.
“Maaf
menganggu, ana berminat untuk menjadi urusetia program anjuran persatuan enti hujung minggu ini” Balas Syarif
menyatakan hasratnya
Zulaika yang kebingungan dan bercampur
pelik memikirkan tindakkan Syarif yang secara tiba-tiba mahu turut serta dengan
program yang berbentuk keislaman. Semua pelajar kenal Syarif, seorang mahasiswa
yang kaki perempuan dan banyak mengambil kesempatan atas ketampanan wajahnya
untuk mencairkan ramai mahasiswi di kampus. Pendek kata dia terkenal dengan
gelaran buaya darat.
“kalau berminat boleh berhubung dengan
Amirullah, selaku pengarah program” Balas Zulaika
“Baiklah
terima kasih, assalamualaikum”
Perbualan berakhir dan peristiwa tersebut
benar-benar membingungkan Zulaika. Ikut bisik hati Zulaika, mahu saja dia
membiarkan diri digoda oleh Syarif kerana ketampanan Syarif tidak dapat
disanggah oleh setiap mahasiswi yang melihat. Mujurlah benteng agama masih
kukuh didada. Hasrat itu dibuang begitu sahaja.
Seminggu berlalu, Zulaika tenang menjalani
rutin harian sehingga satu pagi diwaktu subuh, jam ketika itu menunjukkan pukul
4.30 pagi. Bunyi deringan talifone mengejutkan Zulaika dari tidur. Dilihat
nombor talifone yang tertera tidak dikenali.
“Assalamualaikum, siapa ni?” soal Zulaika
“Waalaikumusalam,
maaf menganggu diawal pagi, ini ana Syarif.”
Berderau darah Zulaika bilamana
mengatahui dia sedang berbual dengan bukan mahram diawal pagi.
“Ada apa enta talifone ana pagi-pagi buta
ini?” soal Zulaika dengan nada marah
“Maaf,
enti jangan marah jika ana tidak ada hal penting pasti ana tidak akan ganggu
enti diwaktu-waktu begini”
balas Syarif membela dirinya
“Apa halnya?” soal Zulaika kasar
“Begini,
ana selesai solat tahajjud tadi ana solat istiqarah selepas itu ana mula
mengaji al-quran tetapi...” jawap
Syarif memulakan bicara
“Tetapi apa??” soal Zulaika
“tetapi
ana tidak tenteram kerana sebelum ini ana selesai solat istiqarah ana mimpikan wajah enti sebagai teman hidup ana” jawap
Syarif lemah.
Zulaika yang mendengar pengakuan tersebut
segera mematikan perbualan talifone. Pagi tersebut Zulaika tidak mampu
melelapkan mata sehingga azan berkumandang. Hari tersebut Zulaikan seakan tiada
perasaan mahu bercakap dengan sesiapa. Mulutnya terkunci rapi. Hatinya
berbisik, bagaimana jika Syarif berkata benar?. Hatinya berbelah bahagi.
Keesokkan harinya satu sms diterima
daripada Syarif yang berbunyi..
“ Assalamualaikum.
Wahai pemilik hati ini. Ana tahu enti akan benci dan menjauhi ana setelah apa
yang ana luahkan kepada enti tempoh hari. Tetapi yakinlah kita memang
ditakdirkan bersama. Ana bukanlah Syarif yang dahulu yang enti kenal. Ana sudah
berubah, semuanya demi menjadi Imam kepada enti dan keluarga yang bakal kita
bina. Yakinlah enti. Cinta ana ikhlas untuk enti”
Tersentak Zulaika dengan sms yang
diterima. Jiwanya memberontak untuk membalas sms daripada Syarif. Dia mahu
menyatakan bahawa dia juga sudah lama mendambakan Syarif untuk menjadi
miliknya. Tetapi dia bimbang pandangan rakan-rakan yang lain terhadapnya. Dia
bingung..
Malam tersebut Zulaika nekad untuk
menerima cinta Syarif dengan membalas sms yang berbunyi..
“Assalammualaikum,
buat bakal imamku.maaf kerana menyepikan diri selama ini. Jujur ana terharu
dengan keikhlasan enta menyatakan cinta kepada diri ana. Oleh sebab itu ana
membuka hati ini untuk menerima cinta enta atas dasar cinta enta kepada Allah
swt”
Buah islamik yang didendangkan oleh
Syarif akhirnya berhasil. Burung merak yang selama ini mengucupkan sayap
cantiknya mula mengembangkan sayapkan. Perangkap yang dipasang berhasil. Kini
Zulaika sudah menjadi milik Syarif.
Diawal perhubungan mereka. Batas-batas
dijaga rapi. Tidak boleh keluar berdua, sms hanya sekadar bertanya khabar dan
untuk perkara penting sahaja. Tetapi lama kelamaan semuanya dilanggar, Zulaika
sudah berani keluar berdua dengan Syarif atas alasan mereka tidak berpegangan
tangan.
Zulaika makin hanyut sehingga suatu hari
talifone Zulaika berdering,
“Assalamualaikum, boleh ana bercakap
dengan Zulaika?” soal suara tersebut
“waalaikumussalam,
ana bercakap siapa ini?” jawap Zulaika
“Ana Amirullah, ana sekadar mahu bertanya
khabar enti kerana sudah lama tidak melihat enti di program persatuan.” Jawap
Amirullah selaku presiden persatuan mahasiswa Islam
Amirullah merupakan seorang mahasiswa
yang setanding dengan Syarif bezanya Amirullah seorang mahasiswa yang bertakwa
dan sering kehadapan memimpin mahasiswa melalui program-program berbentuk
keislaman selain aktif menyampaikan kuliah di surau-surau kolej.
“Ana
sihat alhamdulillah Cuma sibuk sikit kebelakangan ini.”jawap Zulaika cuba menutup malu akan tindakkannya yang hanyut
dibuai cinta sehingga meninggalkan gelanggan
dakwah.
“Oh jikalau begitu tidak mengapa, semoga
dipermudahkan Allah swt, Assalamualakum” Jawap Amirullah mematikan perbualan
Terbit rasa kesal dan bersalah didalam
hati Zulaika. Keinsafan terbit dan segala kesilapannya mula disedari. Wajah
ayah dan ibu dirumah menerjah benak fikiran Zulaika. Air mata keinsafan
mengalir deras tanda hidayah mulai menyerap masuk ke hati sanubarinya.
“Aku berdosa Ya Allah, Ampuni daku”
Zulaika sedar dia sedang dipermaikan oleh
Syarif yang bersifat alim-alim kucing dalam diam dia menyimpan hasrat. Zulaika
nekad untuk memutuskan hubungan terlarang antaranya dan Syarif tetapi dia
bimbang akan keadaan dirinya yang tidak sebersih dahulu. Dia telah disentuh
oleh yang bukan hak.
“Nikah” itu yang terbit didalam hati
Zulaika ketika itu. Jika Syarif tidak mahu bertanggungjawap maka dia sendiri
akan memutuskan hubungan tersebut. Seperti yang dijangka Syarif dengan mudah
memutuskan hubungannya dengan Zulaika. Zulaika benar-benar menyesal akan
kesilapanya.
Ampuni daku Ya Allah, Mak ayah maafkan
Zulaika, Zulaika berdosa pada mak dan ayah...bisik hatinya sendirian tanpa
disedarinya air mata jatuh tumpah mengalir membasahi pipi.
3 Tahun berlalu. Zulaika kini sudah
bergelar seorang guru disebuah sekolah menengah. Pengalaman pahitnya dijadikan
pengajaran yang cukup berharga sebagai pembimbing diri. Seperti biasa sesudah
habis waktu persekolahan Zulaika pulang ke rumah. Zulaika mendapat maklumat bahawa
dirinya telah dilamar orang dan ayah dan ibu hanya menantikan keputusan dari
dirinya.
Zulaika akur dan sedar akan pilihan
ibubapanya. Dia redha siapa jua suaminya kerana dia merasakan dia tidak layak
untuk memilih. Segalanya diserahkan kepada Mak dan ayah untuk memilih. Akhirnya
pinangan itu diterima dan mak memberikan sepucuk sampul surat yang terkandung
gambar milik bakal suaminya. Sehingga hari pernikahan Zulaika masih tidak
berani untuk melihat foto didalam sampul surat tersebut kerana dia bimbang gambar
tersebut akan menghalang niatnya untuk menerima bakal suaminya.
Dia redha, Sehingga saat dibawa ke masjid
untuk dinikahkan. Zulaika tidak dapat menahan perasaan gemuruh memikirkan
siapakah bakal suaminya yang akan menjadi teman hidupnya dan ketua bagi dirinya
sehingga akhir hayat.
Saat langkah menuju ke masjid dilihat
susuk tubuh tinggi lampai berjubah putih beserban putih duduk menghadap
jurunikah sambil mengisi borang. Tetapi wajahnya masih tidak dapat dilihat,
sehingga saat bakal suaminya memalingkan wajah kearahnya. Hanya satu ucapan
yang keluar dari mulut Zulaika ketika itu..
Allahuakbar...Engkau kurniakan aku
seorang imam yang memang menjadi imamku...Amirullah ana isteri enta...syukur ya
Allah...segala puji bagi Allah yang memberikan yang terbaik buatku..
woyoooo!!! cite ni hg reka sndri ke cri kat intrnet?
ReplyDeletekawanreka.syazli sufi
ReplyDelete