Wednesday, May 22, 2013

Kau Imam pilihan Allah swt




Memasuki alam pengajian tinggi dan bergelar mahasiswa merupakan satu saat yang diimpikan oleh setiap pelajar. Zulaika merupakan seorang pelajar tahun satu Universiti teknologi Mara. Menjejak kaki ke alam universiti sudah menjadi impiannya sejak di bangku sekolah lagi.

Zulaika yang lahir dari keluarga yang sederhana akan tetapi bekalan agama yang diberikan oleh kedua ibu bapa Zulaika menjadikan dia seorang mahasiswi yang menjaga kesopanan dan ketinggian agamanya. Pergaulan bebas dan aktiviti sosial yang melampau tidak langsung dapat menyelinap masuk ke dalam jiwa Zulaika. Zulaika juga antara aktivis mahasiswa yang lantang menolak budaya “couple” dalam kalangan mahasiswa.

Tetapi takdir Allah swt menentukan ujian buat Zulaika. Semasa tahun ketiga pengajian Zulaika. Dia diuji dengan kehadiran seorang mahasiswa yang berani mengetuk pintu hati kewanitaannya dengan sms perkenalan dan kata-kata nasihat sebagai wasilah untuk membuka ruang zina antara mereka berdua, jalan menghalalkan “couple” dengan menyarungkan jubah nasihat dan sms ukhuwah fillah abadan abada.

Talifone milik Zulaika malam itu berdering menandakan satu mesej pesanan ringkas menerjah masuk ke ruang peribadinya tanpa tapisan.

            “Assalamualaikum ukhti salam ukhuwah, ana Syarif.”

Berkerut dahi Zulaika membaca sms tersebut. Syarif?? Bisiknya dalam hati.

“waalaikumusalam, kenapa?” balas Zulaika demi menjaga ikhtilat antara muslimin dan muslimat.

            “Maaf menganggu, ana berminat untuk menjadi urusetia program anjuran persatuan enti hujung minggu ini” Balas Syarif menyatakan hasratnya

Zulaika yang kebingungan dan bercampur pelik memikirkan tindakkan Syarif yang secara tiba-tiba mahu turut serta dengan program yang berbentuk keislaman. Semua pelajar kenal Syarif, seorang mahasiswa yang kaki perempuan dan banyak mengambil kesempatan atas ketampanan wajahnya untuk mencairkan ramai mahasiswi di kampus. Pendek kata dia terkenal dengan gelaran buaya darat.

“kalau berminat boleh berhubung dengan Amirullah, selaku pengarah program” Balas Zulaika

            “Baiklah terima kasih, assalamualaikum”

Perbualan berakhir dan peristiwa tersebut benar-benar membingungkan Zulaika. Ikut bisik hati Zulaika, mahu saja dia membiarkan diri digoda oleh Syarif kerana ketampanan Syarif tidak dapat disanggah oleh setiap mahasiswi yang melihat. Mujurlah benteng agama masih kukuh didada. Hasrat itu dibuang begitu sahaja.

Seminggu berlalu, Zulaika tenang menjalani rutin harian sehingga satu pagi diwaktu subuh, jam ketika itu menunjukkan pukul 4.30 pagi. Bunyi deringan talifone mengejutkan Zulaika dari tidur. Dilihat nombor talifone yang tertera tidak dikenali.

“Assalamualaikum, siapa ni?” soal Zulaika

            “Waalaikumusalam, maaf menganggu diawal pagi, ini ana Syarif.”

Berderau darah Zulaika bilamana mengatahui dia sedang berbual dengan bukan mahram diawal pagi.
“Ada apa enta talifone ana pagi-pagi buta ini?” soal Zulaika dengan nada marah

            “Maaf, enti jangan marah jika ana tidak ada hal penting pasti ana tidak akan ganggu enti diwaktu-waktu begini” balas Syarif membela dirinya
“Apa halnya?” soal Zulaika kasar

            “Begini, ana selesai solat tahajjud tadi ana solat istiqarah selepas itu ana mula mengaji    al-quran tetapi...” jawap Syarif memulakan bicara

“Tetapi apa??” soal Zulaika

            “tetapi ana tidak tenteram kerana sebelum ini ana selesai solat istiqarah ana mimpikan    wajah enti sebagai teman hidup ana” jawap Syarif lemah.

Zulaika yang mendengar pengakuan tersebut segera mematikan perbualan talifone. Pagi tersebut Zulaika tidak mampu melelapkan mata sehingga azan berkumandang. Hari tersebut Zulaikan seakan tiada perasaan mahu bercakap dengan sesiapa. Mulutnya terkunci rapi. Hatinya berbisik, bagaimana jika Syarif berkata benar?. Hatinya berbelah bahagi.

Keesokkan harinya satu sms diterima daripada Syarif yang berbunyi..

“ Assalamualaikum. Wahai pemilik hati ini. Ana tahu enti akan benci dan menjauhi ana setelah apa yang ana luahkan kepada enti tempoh hari. Tetapi yakinlah kita memang ditakdirkan bersama. Ana bukanlah Syarif yang dahulu yang enti kenal. Ana sudah berubah, semuanya demi menjadi Imam kepada enti dan keluarga yang bakal kita bina. Yakinlah enti. Cinta ana ikhlas untuk enti”

Tersentak Zulaika dengan sms yang diterima. Jiwanya memberontak untuk membalas sms daripada Syarif. Dia mahu menyatakan bahawa dia juga sudah lama mendambakan Syarif untuk menjadi miliknya. Tetapi dia bimbang pandangan rakan-rakan yang lain terhadapnya. Dia bingung..

Malam tersebut Zulaika nekad untuk menerima cinta Syarif dengan membalas sms yang berbunyi..

“Assalammualaikum, buat bakal imamku.maaf kerana menyepikan diri selama ini. Jujur ana terharu dengan keikhlasan enta menyatakan cinta kepada diri ana. Oleh sebab itu ana membuka hati ini untuk menerima cinta enta atas dasar cinta enta kepada Allah swt”
Buah islamik yang didendangkan oleh Syarif akhirnya berhasil. Burung merak yang selama ini mengucupkan sayap cantiknya mula mengembangkan sayapkan. Perangkap yang dipasang berhasil. Kini Zulaika sudah menjadi milik Syarif.

Diawal perhubungan mereka. Batas-batas dijaga rapi. Tidak boleh keluar berdua, sms hanya sekadar bertanya khabar dan untuk perkara penting sahaja. Tetapi lama kelamaan semuanya dilanggar, Zulaika sudah berani keluar berdua dengan Syarif atas alasan mereka tidak berpegangan tangan.

Zulaika makin hanyut sehingga suatu hari talifone Zulaika berdering,

“Assalamualaikum, boleh ana bercakap dengan Zulaika?” soal suara tersebut

            “waalaikumussalam, ana bercakap siapa ini?” jawap Zulaika

“Ana Amirullah, ana sekadar mahu bertanya khabar enti kerana sudah lama tidak melihat enti di program persatuan.” Jawap Amirullah selaku presiden persatuan mahasiswa Islam
Amirullah merupakan seorang mahasiswa yang setanding dengan Syarif bezanya Amirullah seorang mahasiswa yang bertakwa dan sering kehadapan memimpin mahasiswa melalui program-program berbentuk keislaman selain aktif menyampaikan kuliah di surau-surau kolej.

            “Ana sihat alhamdulillah Cuma sibuk sikit kebelakangan ini.”jawap Zulaika cuba       menutup malu akan tindakkannya yang hanyut dibuai cinta sehingga meninggalkan   gelanggan dakwah.

“Oh jikalau begitu tidak mengapa, semoga dipermudahkan Allah swt, Assalamualakum” Jawap Amirullah mematikan perbualan

Terbit rasa kesal dan bersalah didalam hati Zulaika. Keinsafan terbit dan segala kesilapannya mula disedari. Wajah ayah dan ibu dirumah menerjah benak fikiran Zulaika. Air mata keinsafan mengalir deras tanda hidayah mulai menyerap masuk ke hati sanubarinya.

“Aku berdosa Ya Allah, Ampuni daku”

Zulaika sedar dia sedang dipermaikan oleh Syarif yang bersifat alim-alim kucing dalam diam dia menyimpan hasrat. Zulaika nekad untuk memutuskan hubungan terlarang antaranya dan Syarif tetapi dia bimbang akan keadaan dirinya yang tidak sebersih dahulu. Dia telah disentuh oleh yang bukan hak.

“Nikah” itu yang terbit didalam hati Zulaika ketika itu. Jika Syarif tidak mahu bertanggungjawap maka dia sendiri akan memutuskan hubungan tersebut. Seperti yang dijangka Syarif dengan mudah memutuskan hubungannya dengan Zulaika. Zulaika benar-benar menyesal akan kesilapanya.

Ampuni daku Ya Allah, Mak ayah maafkan Zulaika, Zulaika berdosa pada mak dan ayah...bisik hatinya sendirian tanpa disedarinya air mata jatuh tumpah mengalir membasahi pipi.

3 Tahun berlalu. Zulaika kini sudah bergelar seorang guru disebuah sekolah menengah. Pengalaman pahitnya dijadikan pengajaran yang cukup berharga sebagai pembimbing diri. Seperti biasa sesudah habis waktu persekolahan Zulaika pulang ke rumah. Zulaika mendapat maklumat bahawa dirinya telah dilamar orang dan ayah dan ibu hanya menantikan keputusan dari dirinya.

Zulaika akur dan sedar akan pilihan ibubapanya. Dia redha siapa jua suaminya kerana dia merasakan dia tidak layak untuk memilih. Segalanya diserahkan kepada Mak dan ayah untuk memilih. Akhirnya pinangan itu diterima dan mak memberikan sepucuk sampul surat yang terkandung gambar milik bakal suaminya. Sehingga hari pernikahan Zulaika masih tidak berani untuk melihat foto didalam sampul surat tersebut kerana dia bimbang gambar tersebut akan menghalang niatnya untuk menerima bakal suaminya.

Dia redha, Sehingga saat dibawa ke masjid untuk dinikahkan. Zulaika tidak dapat menahan perasaan gemuruh memikirkan siapakah bakal suaminya yang akan menjadi teman hidupnya dan ketua bagi dirinya sehingga akhir hayat.

Saat langkah menuju ke masjid dilihat susuk tubuh tinggi lampai berjubah putih beserban putih duduk menghadap jurunikah sambil mengisi borang. Tetapi wajahnya masih tidak dapat dilihat, sehingga saat bakal suaminya memalingkan wajah kearahnya. Hanya satu ucapan yang keluar dari mulut Zulaika ketika itu..

Allahuakbar...Engkau kurniakan aku seorang imam yang memang menjadi imamku...Amirullah ana isteri enta...syukur ya Allah...segala puji bagi Allah yang memberikan yang terbaik buatku..






Saturday, January 5, 2013

6 PESANAN UNTUK WANITA.



1. Jaga solat pada awal waktu.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman
Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh
yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. 
Kalau tak
mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium
Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya
tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga darisyurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah
di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah
bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk
dalam hati kita dan mudah nak amalkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...