Thursday, February 24, 2011

Jodoh Urusan Allah



(PRKONGSIAN DR SHBT BUAT SHBT)~moga trjwb prsoalanmu=)
Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.


“Dulu saya tidak pernah melihat wajah bakal isteri saya,” kata seorang abang yang sangat saya hormati.

“Pelik tu bang. Bagaimana jodoh abang diaturkan?”

“Ikut pilihan guru agama yang mengajar saya,” jawabnya pendek.

“Mengapa tidak mahu melihat wajahnya? Kan itu dibenarkan oleh syariat? Barangkali sebab waktu itu tidak ada ruangan sosial seperti Facebook dan Twitter?” gurau saya.

“Memang belum ada. Tetapi ada cara lain. Gambar dan cara-cara yang lain ada, tetapi sebenarnya ada sebab lain…”

Dalam diam, saya rasa hairan. Wajahnya saya tenung. Dia orang yang sangat saya hormati. Sahsiah dan kepimpinannya sangat menawan hati. Tentu ada sebab yang solid untuk dia bersikap demikian.

“Sebelum aktif sebagai aktivis Islam seperti sekarang, saya pernah menjalin hubungan cinta. Dia teman lama sejak di sekolah rendah lagi,” jelasnya dengan tenang.

“Habis mengapa putus?”

“Kami putus kerana dia ada jalan tersendiri. Saya ajak bersama saya dalam perjuangan Islam ini tetapi dia selesa dengan gayanya. Lepas, bebas. Jadi kami berpisah setelah 10 tahun bercinta.”

Wah, ini kisah cinta yang dramatik! Saya tidak sangka sama sekali dia yang selama ini kelihatan begitu iltizam, tegas dan berwibawa pernah melalui tragedi cinta.

Isteri Amanah
“Itu kisah sebelumnya. Tetapi bagaimana dengan kisah pertemuan dengan isteri abang sekarang?” kata saya beralih kepada maksud asal pertanyaan.

“Setelah putus, abang terus pinta guru agama carikan jodoh. Ingin fokus kepada gerakan dan amal Islami tanpa diganggu gugat lagi oleh emosi cinta.”

“Tetapi mengapa abang tidak mahu melihat bakal isteri pilihan guru? Tidak dibenarkan?”

“Itu keputusan personal saya. Guru memberi kebebasan. Mahu melihat dulu, silakan. Tidak mahu, tidak mengapa.”

“Dan abang memilih untuk tidak melihat. Kenapa?”

“Eh, kamu masih tegar dengan soalan asal? Begini, bekas kekasih abang dulu sangat cantik. Abang takut perasaan abang diganggu oleh godaan perbandingan. Takut-takut, bakal isteri tidak secantik kekasih lama. Jadi abang tekad, nikah terus tanpa melihat wajahnya.

Saya terkesima sebentar dan dengan pantas saya bertanya kembali, “Tetapi abang akan terpaksa juga membuat perbandingan setelah bernikah bukan? Setelah nikah, abang akan melihat wajahnya. Dan ketika itu mahu tak mahu godaan perbandingan akan datang juga.”

Sekali lagi dia senyum. Matanya bersinar-sinar dengan keyakinan. Jauh di lubuk hati, saya mengakui, dia memang bercakap dari hatinya.

“Amat jauh bezanya antara membandingkan wanita lain dengan bakal wanita yang akan kita nikahi dengan wanita yang telah kita nikahi…”

Pendek dia menjawabnya, namun terus menusuk ke hati saya. Tanpa saya pinta dia menyambung,

“Apabila seorang wanita telah kita nikahi dengan sah, dialah wanita yang diamanahkan oleh Allah untuk kita bimbing dan pimpin menuju syurga. Nasib kita dunia dan akhirat sangat berkait rapat dengannya. Dia adalah jodoh yang ditakdirkan buat kita. Dialah wanita yang pasrah dan menyerah kepada kita atas nama Allah. Pada waktu itu, bagaimanapun keadaan wajahnya, siapa pun dia, sudah menjadi soal kedua.”

Cantik Itu Relatif dan Subjektif
“Abang tidak takut, kalau tiba-tiba wajah atau keadaannya tidak serasi dengan cita rasa abang? Maksudnya, er… er… kita masih manusia bukan?” saya menduga hatinya.

Dia ketawa tiba-tiba.

“Ya, kita masih manusia. Tetapi kita bukan sekadar manusia. Kita hamba Allah dan khalifah. Isteri ialah teman kita untuk memikul amanah dua misi berat itu. Untuk melaksanakannya, kita bukan hanya perlukan kecantikan seorang wanita, tetapi ilmunya, akhlaknya, sifat pengorbanannya dan kesetiaannya.”

“Jadi, untuk itu kecantikan tidak penting?

“Semua yang datang daripada Allah ada kebaikannya. Namun ingat, Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding kita sendiri. Sesiapa yang tekad menjadi hamba Allah dan khalifah, pasti tidak akan dikecewakan-Nya. Orang yang baik berhak mendapat yang baik, bukan begitu?”

“Bukan yang cantik?” jolok saya lagi.

“Cantik itu relatif dan sangat subjektif. Beauty is in the eye of the beholder, bukankah begitu? Cita rasa manusia tentang kecantikan tidak sama. Malah ia juga berubah-ubah mengikut masa, usia dan keadaan. Tetapi yang baik itu mutlak dan lebih kekal sifatnya,” balasnya dengan yakin.

“Maksud abang?”
Dia diam. Termenung sebentar. Mungkin mencari-cari bahasa kata untuk menterjermahkan bahasa rasa.

“Kecantikan seorang wanita tidak sama tafsirannya. Orang budiman dan beriman, menilai kecantikan kepada budi dan akhlak. Pemuja hedonisme dan materialisme hanya fokus kepada kecantikan wajah dan daya tarikan seksual.”

Ketika saya ingin menyampuk, dia menambah lagi,

“Cantik juga relatif mengikut keadaan. Jelitawan sekalipun akan nampak hodoh dan membosankan apabila asyik marah-marah dan merampus. Sebaliknya, wanita yang sederhana sahaja wajahnya akan nampak manis apabila sentiasa tersenyum, sedia membantu dan memahami hati suami.”

“Oh, betul juga tu!” kata saya. Teringat betapa ada seorang kenalan yang sering mengeluh tentang isterinya, “Sedap di mata tetapi sakit di hati…”

Wasilah Memilih Jodoh
“Bagaimana sebaik selepas berkahwin? Tak terkilan?” ujar saya dengan soalan nakal.

“Memang dari segi kecantikan, isteri abang sekarang biasa-biasa sahaja.”

“Maksudnya yang dulu lebih cantik?”

“Kamu ni, fikirannya masih berkisar dan berlegar-legar di situ juga. Ingat, yang biasa-biasa akan jadi luar biasa cantik apabila makin lama kita bersama dengannya. Itulah pengalaman abang. Hari ke hari, kecantikan isteri semakin terserlah. Entahlah, apa yang Allah ubah. Wajah itu atau hati ini?”

Wah, dia seakan berfalsafah! Kata-katanya punya maksud yang tersirat.

“Apa kaitannya dengan hati?” layan lagi. Ingin saya terus mencungkil mutiara hikmah daripadanya.

“Kalau hati kita indah, kita akan sentiasa melihat keindahan. Sebaliknya kalau hati rosak, keindahan tidak akan ketara, sekalipun sudah tampak di depan mata. Atau kita mungkin akan mudah bosan dengan apa yang ada lalu mula mencari lagi. Percayalah, orang yang rosak hatinya akan menjadi pemburu kecantikan yang fatamorgana!”

‘Ah, tentu dia bahagia kini!’ bisik hati saya sendiri.

“Apa panduan abang jika semua ini ingin saya tuliskan?”

“Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.”

Jadi Orang Baik dan Pilihan Orang Baik

“Tapi bang, ramai yang menolak kaedah kedua. Kata mereka, mana mungkin kita menyerahkan hak kita memilih jodoh sendiri kepada ibu bapa, guru atau individu-individu lain sekalipun mereka orang yang baik-baik.”

“Tak mengapa. Kalau begitu, cuna cara pertama, jadilah orang yang baik.

“Itu susah bang. Bukan mudah hendak menjadi orang yang baik. Ia satu proses yang panjang dan sukar menentukan apakah kita sudah jadi orang yang baik atau belum.”

Abang tersenyum lantas berkata, “Kamu menyoal bagi pihak orang lain bukan?”

Saya diam. Dalam senyap saya akui, inilah soalan yang sering diajukan oleh para remaja di luar sana.

“Kedua-dua cara itu boleh dijalankan serentak. Maksudnya, jika kita berusaha menjadi orang yang baik, insya-Allah, Allah akan kurniakan kita jodoh yang baik melalui pilihan orang baik. Ataupun kita berusaha menjadi orang yang baik sambil mencari orang yang baik sebagai jodoh, dan nanti pilihan kita itu direstui oleh orang yang baik!”

Wah, kedengaran berbelit-belit ayatnya, namun jika diamati ada kebenarannya.

“Tetapi ada juga mereka yang menolak pilihan orang yang baik bukan?”

“Kerana mereka bukan orang baik,” jawabnya pendek.

“Bukan, bukan begitu. Bolehkah terjadi orang baik menolak pilihan orang yang baik?”

“Ya, tidak mengapa. Tetapi mereka tetap menolaknya dengan cara yang baik. Itulah yang terjadi kepada seorang wanita yang bertanyakan haknya untuk menerima atau menolak jodoh yang dipilih oleh ibu bapanya kepada Rasulullah s.a.w.”

“Apa hikmah di sebalik kisah itu bang?”

“Kita boleh melihat persoalan ini dari dua dimensi. Pertama, mungkin ada anak-anak yang tidak baik menolak pilihan ibu bapa yang baik. Hikmahnya, Allah tidak mengizinkan orang yang baik menjadi pasangan orang yang tidak baik. Bukankah Allah telah berjanji, lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya?”

Saya terdiam. Benar-benar tenggelam dalam fikiran yang mendalam dengan luahan hikmah itu.

Jodoh Urusan Allah

“Dan mungkin juga anak itu orang baik tetapi ibu bapanya yang tidak baik itu memilih calon yang tidak baik sebagai pasangannya. Maka pada waktu itu syariat membenarkan si anak menolak pilihan ibu bapanya. Ya, itulah kaedah Allah untuk menyelamatkan orang baik daripada mendapat pasangan hidup yang jahat.”

“Bagaimana pula jika anak itu baik, dan ibu bapanya pun baik serta calon pilihan ibu bapanya juga baik, tetapi urusan pernikahan masih terbengkalai. Apa maknanya?” tanya saya inginkan penjelasan muktamad.

“Itulah takdir! Mungkin Allah menentukan ‘orang baik’ lain sebagai jodohnya. Sementara orang baik yang dicadangkan itu telah Allah tentukan dengan orang baik yang lain pula!”

Tiba-tiba saya teringat bagaimana Hafsah yang dicadangkan untuk menjadi calon isteri Sayidina Abu Bakar oleh ayahnya Sayidina Umar tetapi ditolak. Akhir Hafsah bernikah dengan Rasulullah s.a.w. Kebaikan sentiasa berlegar-legar dalam kalangan orang yang baik!

“Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat sejak azali lagi. Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang wajib kita fahami. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah yang bersuamikan Firaun laknatullah.”

“Apa hikmahnya kes yang berlaku sekali-sekala seperti itu?”

“Eh, abang bukan pakar hikmah! Tetapi mungkin Allah hendak meninggikan lagi darjah dan darjat orang baik ke tahap yang lebih tinggi.”

“Hikmah untuk kita?”

“Jika takdirnya pahit untuk kita, terimalah sebagai ubat. Katalah, kita sudah berusaha menjadi orang yang baik dan kita telah pun bernikah dengan pilihan orang yang baik, tetapi jika takdirnya pasangan kita bermasalah… bersabarlah. Katakan pada diri bahawa itulah jalan yang ditentukan oleh Allah untuk kita mendapat syurga. Maka rebutlah pahala sabar dan redha seperti Nabi Lut dan Nabi Ayyub atau kesabaran seorang isteri bernama Siti Asiah.”

Tok, tok, tok. Tiba-tiba pintu bilik tulis saya diketuk. Wajah watak “abang bayangan” saya pergi tiba-tiba. Tersedar saya daripada lamunan yang panjang. Wajah isteri terserlah di sebalik pintu. Sebalik melihatnya terdetak dalam hati sendiri, apakah aku telah menjadi insan yang baik untuk memperbaikinya?

Ah, hati dilanda bimbang mengingatkan makna satu ungkapan yang pernah saya tulis dahulu: “Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. JAdi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!”

Hati dan fikiran sarat dengan iktibar dan pengajaran.

Berlegar di sekitar kuliah Hari Jumaat di bandar KB, mendengar. merasa dan melihat. Yang indah, bukan tanahnya, tetapi manusia yang menegakkan hukum Allah di atasnya.

Mungkin sesuatu yang kelihatan sederhana pada pandangan mata, tetapi sangat cantik bila dipandang dengan mata hati. Begitulah rasa hati… semoga kita semua kembali kepada Ilahi, kerana di sana ada keindahan yang hakiki dan abadi.

Berfikir tentang jodoh anak-anak, adalah satu cabaran yang dipenuhi pelbagai misteri. Ia sukar ditebak dan diduga. Namun, pesan saya cuma satu… untuk anak sendiri dan anak-anak di luar sana, ikutlah syariat, pasti selamat. Islam itu sejahtera. Tidak ada kebahagiaan tanpanya.

Ya, kesalahan dan kesilapan boleh berlaku - ada ampun, maaf dan taubat di situ. Namun mukmin sebenar tidak akan jatuh dalam lubang yang sama dua kali. Cukup hanya sekali… pertama, kerana kejahilan. Maka belajarlah. Kalau kedua, itu kerana kedegilan. Hubaya-hubaya, kekadang harga yang ditagih untuk ‘membetulkannya’ terlalu pedih dan menyakitkan.

Belajarlah melakukan yang benar dan betul buat pertama kali. Itu yang terbaik. Tetapi jika tidak, cubalah membetulkannya buat kali kedua, ketiga dan seterusnya. Jangan jemu untuk cuba melakukan yang terbaik, kerana kata bijak pandai: Kebaikan itu perlu dimulakan berkali-kali.

Sunday, February 20, 2011

Semua Orang Layak..!! (>,<)




(ana peroleh dari seorang sahabat...alhamdulillah..byk input ana dpt...)


'Saya tak ada ilmu nak berdakwah. Maka, tak perlulah kan?', tanya seorang pemuda kepada ustaz. 'Tidak, kamu tetap perlu berdakwah'. 'Tapi, bagaimana saya mahu berdakwah sedangkan saya tidak ada ilmu', wajahnya serius. 'Apa yang enta faham dengan ilmu?', tanya ustaz itu pula. 'Ilmu itu kan kena tahu al-Quran dan hadis'. 'Habis tu, enta tak tahu?' 'Saya tidak hafal ustaz'. 'Tak hafal, tidak boleh rujuk?' Buntu. Benarkah dakwah perlu ada ilmu? Iya. Berdakwah perlukan ilmu. Bukan setakat ilmu, ikhlas dan kretif juga perlu. 'Saya tidak ada semua itu. Adakah kewajipan dakwah saya terhapus?' Belum lagi. Belum sehingga kalian tahu, apa maksud 'mempunyai ilmu' itu. Salah anggap. Kita sudah lama tersalah anggap. Kita anggap bahawa yang wajib berdakwah dan menyampaikan keindahan islam itu hanyalah golongan ulama dan para ustaz sahaja. Oh...silap besar begitu. Tidak salah jika saya katakan bahawa pemahaman sebegini diperkenalkan oleh orang-orang kafir kepada kita supaya kita meninggalkan dakwah, supaya islam tidak berkembang, dan supaya islam tidak dibawa ke peringkat yang lebih tinggi. Mengapa? Adakah islam itu ancaman?

Ada dua jawapan. Jawapan pertama: "Ya, islam itu ancaman" Kerana itu, ramai pejuang-pejuang islam ditangkap, dibunuh dan disiksa. Contoh paling dekat As-syahid Ustaz Ibrahim Libya. Kalau kalian masih ingat peristiwa berdarah Memali, maka kalian akan ingat mengapa mereka dibunuh- iaitu kerana mereka mahu menegakkan islam di bumi ini. Dan jawapan "ya" itu keluar dari mulut manusia yang dahagakan kuasa serta duniawi.
USTAZ IBRAHIM LIBYA
Jawapan kedua: "Mustahil islam itu ancaman kerana Islam ialah kesejahteraan". Kita guna jawapan kedua ini. Bagaimana mahu menggabungkan 'dakwah' dengan 'kesejahteraan'? Tadi kita bising pasal 'tidak ada ilmu' untuk berdakwah, bukan? Habib An-Najjar Mari kita buka surah Yassin mulai ayat 20. Allah bercerita tentang seorang lelaki bernama Habib An-Najjar. Siapa Habib An-Najjar ini? Menurut tafsir, beliau adalah seorang lelaki yang tinggal di hujung kota yang kota itu telahpun diutuskankan 3 orang rasul untuk berdakwah kepada penduduknya. Malangnya, penduduk kota itu menolak serta mendustakan para rasul yang diutuskan itu. Lalu, datanglah Habib An-Najjar untuk berdakwah. Diceritakan dalam tafsir Ibn Kathir, Habib An-Najjar ini seorang yang miskin yang bekerja sebagai tukang kayu. Dia miskin dan tidak ada ilmu pun (kerana baru masuk islam sahaja) lalu terus dia berdakwah! Tengok apa yang dia dapat... Allah sebut dalam ayat seterusnya, Habib An-Najjar dibunuh kerana berdakwah dan Allah beri dia syurga. Katanya, "Alangkah baiknya jika kaumku mengetahui". Subhanallah. Habib An-Najjar benar-benar seorang pendakwah yang sejati! Walaupun dia disiksa dan dibunuh oleh kaumnya, dia tidak punya dendam pun walau secubit dan sesudah mati pun, masih kuat cintanya kepada pembunuh-pembunuhnya. Tetap, dia menginginkan agar pembunuh-pembunuhnya bersama-sama beriman! Sifat manusia mulia itu mahu saya contohi. Seperti pokok rambutan, dibaling dengan selipar pun masih tetap memberikan buah.

Soalan: Habib An-Najjar ada banyak ilmu atau tidak? Tidak banyak. Kerana yang dia tahu cuma 'Allah ialah Tuhan yang wajib disembah', dan dia berdakwah atas 'tiket' itu. Realiti Kita. Selepas kita mengucapkan kalimah syahadah, maka kita sudah pun diberi tanggungjawab dakwah. Ia tidak menunggu kita untuk menjadi ustaz atau hafiz yang hafal 30 juzuk Quran! Mari kita jadi seperti Habib An-Najjar yang berdakwah walaupun dengan sepatah ayat, 'Ikutilah para utusan itu'.

Another Story Kalian kenal sahabat Rasulallah bernama Abu Dzar al-Ghifari? Beliau adalah salah seorang daripada sahabat-sahabat Rasulallah yang sangat istimewa. Ceritanya, apabila dia ke Mekah untuk menemui Rasulallah dan masuk islam, beliau bertanya kepada Rasulallah, 'Apa yang aku perlu buat sesudah aku beriman?' Rasulallah menjawab, 'Dakwah lah kaum mu untuk menyembah Allah'. Yang terlebih istimewa, Abu Dzar merasa izzah (bangga) menjadi seorang muslim. Dengan tekad, dia ke masjidil haram dan meyuarakan serta mengisytifarkan keislamannya di hadapan orang arab jahiliyyah yang sangat rakus dan memusuhi islam. Apa terjadi? Abu Dzar ra. dibelasah hingga pengsan. Pendek cerita, dia tak serik kerana esoknya, dia masih mengisytifarkan keislamannya. Dia bangga menjadi muslim! Kisah dakwahnya juga hebat. Perintah Rasulallah ialah, 'Kamu dakwah kaum mu', tapi Abu Dzar ra. sekembalinya dia kepada kabilah atau kaumnya, dia bukan sahaja mengislamkan ahli-ahli kabilahnya, sebaliknya kabilah yang berdekatan dengannya juga didakwah dan diislamkan.

Jadi, sebenarnya dakwah itu apa?
Mengeluarkan manusia dari gelapnya jahiliyyah kepada cahaya islam. Inilah dia dakwah! Dakwah Paling Utama. Ialah dakwah kepada iman.

Itu paling utama dan itulah paling awal Rasulallah dan para sahabat buat. Dakwah Baginda tidak terus kepada solat, puasa, zakat, haji dan lain-lain ibadah. Buktinya, perintah-perintah ini semuanya datang lambat. Maka, sebelum itu Baginda hanya menyeru kepada tauhid. "Allah Tuhan kita dan kita wajib sembah-Nya" "Jangan syirikkan Allah walaupun dengan satu apapun" Jangan bebankan diri kita untuk kuasai halal dan haram kerana ia hanya sia-sia jika kita belum kenal siapa itu Rabb. Logiknya, jika tiada iman, maka tiada juga peduli dan runsing tentang halal dan haram. Saya pernah sebut dahulu di sini (link). Jika tiada iman, muncul lah maksiat. Sebaliknya, jika ada iman, hilanglah maksiat.

Kesimpulan: Lalu, aku perlu berdakwah melalui apa?

Kalau kita masih menganggap bahawa dakwah ini tugas orang berkopiah dan berjubah putih, maka pasti islam tidak akan tersampai kepada kita. Abu Dzar ra. dan para sahabat ra. berdakwah selepas sahaja mereka islam. Habib An-Najjar juga sama. Mereka tidak 'menunggu' untuk jadi 'lebai' kerana mereka faham artikel ini. Jika kita rasa kita ini tidak layak dan tidak cukup ilmu untuk berdakwah, maka memadai untuk kita berkata, "aku bangga menjadi muslim" dan cerminkanlah kebanggan itu dengan akhlak mulia kita, mudah-mudahan itu menjadi dakwah terbaik kita- dakwah melalui akhlak... ^___^

Saturday, February 19, 2011

Kisah Asal Usul Nafsu



Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau."
Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah
S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.


Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud :
"Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
"Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."


Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."


Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu'(kelaparan) selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.





Cantik Sangatkah Diri Kita Ini? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Cantik Sangatkah Diri Kita Ini? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Friday, February 18, 2011

Sahabat Yang Soleh






SAHABAT YANG SOLEH

LAKSANA PENJUAL KASTURI
SEDIKIT KESANNYA
KEHARUMAN MELATA

SAHABAT YANG SOLEH
KEBAIKANNYA JADI TUMPUAN
KEIMANANNYA TERUS DIGILAPKAN KETAQWAANNYA DAPAT DITINGKATKAN MENGALAHKAN SYAITAN YANG SIANG MALAM BERJUANG UNTUK KEROSAKAN




Atas Nama Cinta ~



Tika mata diuji manisnya senyuman

Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika terlontar ke dunia khayalan

Hingga terlupa singkat perjalanan

Tersedar aku dari terlena Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan impian yang tersimpan Enggan ku keasyikan

Gusar keindahannya

Merampas rasa cinta pada DIA yang lebih sempurna

Bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba

Dan kucuba meninggalkan pesona maya

Kerna tak upaya ku hadapinya Andai murkaNya menghukum leka

Di atas nama cinta Pada yang selayaknya

Ku nafikan yang fana

Moga dalam hitungan Setiap pengorbanan

Agar disuluh cahaya redhaNya

Biar sendiri hingga hujung nyawa

Asal tak sepi dari kasihNya

Kerna sesungguhnya hakikat cinta

Hanya DIA yang Esa

Di atas nama cinta

pada yang selayaknya

Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redhaNya
Salahkah hati ini dengan cinta hakiki
sehingga kurasai nikmatNya..SyurganYa.. cintaNya

DOSA YANG LEBIH BESAR DARI BERZINA..


Create your own at MyNiceProfile.com

Pada suatu senja yang lenggang,terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam.

Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.

Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musaa.s. Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan uluk salam.Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya.Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." "Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut."Saya takut mengatakannya."jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.


Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya... telah berzina". Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun...lantas hamil. Setelah anak itu lahir,langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya. Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan bejad, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"... teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan.Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?" "Ada!" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Musa kian penasaran.

"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina".


Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya.Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.

Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari diakhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.

Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah. Tolong sebarkan kepada saudara-saudara kita yang belum mengetahui. Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaa ilaaha illa anta, astaghfiruka wa atuubuilaiik.

Wassalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...