Assalamualaikum dan salam bersedia ke alam kubur semua :)
Tadi,penulis teringat akan bacaan talkin yang biasa dibuat sewaktu menguburkan jenazah..
Penulis tidak inginlah bercakap panjang mengenia talkin ini,tapi penulis tertarik dan sangat teruja dalam bahagian ini,
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita
dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.
Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul.
Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammad dur rasulullah”.
Penulis tertanya tanya,bila tok iman bacakan bahagian ,"nanti kamu akan didatangi 2 malaikat,janganlah kamu takut dan dukacita,susah hati dan sebagainya,"
Bagaimana si mati tu tak nak takut dan gentar jika sepanjang hayat tak pernah ingat solat,minum arak,lawan Allah?mampu ke bersenang senang time dating dengan malaikat mungkar dan nangkir nanti?
Kalau si mati tu masa hidup,alim,taat perintah Allah,baik,boleh la senang senang,tak takut dan gentar...ehe,tapi kalau bapak lawan Allah?Bagaimana tu?
nanti malaikat tanya,
"siapa tuhan kamu" Boleh ke si mati yg engkar masa hidupnya itu jawab,
"Allah la tuhan ku"
dia tak solat dan semua sekali..Tahu 24 jam main bola je,,tengok bola,makan bola tidur bola,masa muda main bola,bawah 14,bawah 18,bawah 20 bawah 24,lepas tu ada lagi veteren,solat tak ingat...Jadi nak jawab macam mana bahawa Allah itu tuhan dia?Jawab la Christino ROnaldo..(bola sekadar contoh)
Penulis bukan larang main bola dan melakukan hobi yang sebegitu,tapi kalau dah setiap masa ingat kat dunia,hiburan dan permainan je,nanti mati tanam depan gawang bola la...boleh?
Kalau Allah itu tuhan kamu..Maka ikutilah perintahnya,dan hindari larangannya..nanti baru boleh tenang dan yakin,tidak gentar..ehe..
kemudian malaikat tanya,
"siapa nabi kamu"
Boleh ke si mati tu jawab,
"Muhammad bin abdullah lah nabiku"?
Bagaimana jika sepanjang hidup dia,tak pernah ikut apa yang nabi ajar?lawan ajaran nabi...?Kalau hidup suka ikut 'sunnah' artis....tolak sunnah nabi...nak jawab macam mana tu?
Kemudian ditanya,
"Apa agama kamu"
Dan jika simati tu walaupun zahirnya islam,boleh ke dia nak jawab
"islamlah agamaku" jika dia tolak islam kat dunia ni?masa hidup tolak islam,tolak hudud?nak jawab macam mana?penulis rasa,tak mampu dijawabnya...
Kalau di dunia sibuk duk pertahan ketuanan melayu,ketuanan islam diabaikan dan dibuang...wei..wei..wei...
jawab la nanti ,
"MELAYU AGAMAKU" boleh gitu? Nanti ditanya pula, "Apa kiblat kamu"
Ikut skema,memang kaabah kiblat ku jawapannya..
Dah tapi kalau solat tidak,ziarah kaabah tidak...haji pun sekadar adat je....boleh ke jawab?
Time hidup,wang berjuta,pi haji,umrah 2 kali,tp pi tokyo,paris berpuluh kali...wei...wei...wei..\\
Jawab la "effeel tower" kiblat ku...boleh gitu?tak pun jawab la mydin mall kiblat ku...ad yang pi mydin time org solat maghrib..tak ke malu tu..
Nanti ditanya apa iktikad,pegangan kamu?ikutan kamu?
Nak jawab quran bagaiman jika masa hidup tolak quran?
Jawab la ikutanku adalah perlembagaan negara....boleh gitu?
Lupa nak pesan kat adik kakak,ayat quran ni,jangan kata sepotong ayat,tapi kalau tolak SATU HURUF pun dah jatuh KAFIR....
org baca "alif lam min"
Korang kata,tak betul tu,bacaannya,
"Alif lammm"
Haaaa.jaga jga dik...kalau satu huruf pun dah parah,kalau tolak 1QUran apatah agi? fikirkan.. Bila dtanya siapa saudara kamu,mampu je nak jawab "umat islam la saudaraku"
Kalau masa didunia,saudaramu Di paLESTIN, QAZA, IRAQ, BOSNIA, KASHMIR dan lain lain mati dibunuh,korang duk sibuk tengok bola sambil gelak ketawa?
Ini saudara jenis apa?
Dan bila ditanya kalimah yang dipegang,mampu ke kita nak jawab
"La ilahaillallah muhammad rasulullah"
jika masa duk dunia tidak tak pernah sekali pun mengakui kekuasaan Allah dan kenabian rasulullah?
Adik kakak,abang abang,notes ini sebenarnya satu soalan saya yang keliru ini..Adakah talkin itu wajib?walaupun kepada mereka yang menentang Allah,tak ikut Allah?Tolak nabi dan islam?
Wallahualam
No comments:
Post a Comment