Friday, February 11, 2011

jom pilih kunci yg kite nak pegang!!




[I]“Sesungguhnya di kalangan manusia ada yang menjadi kunci-kunci pembuka kebaikan dan penutup keburukan. Dan di kalangan manusia ada pula yang menjadi kunci-kunci pembuka keburukan dan penutup kebaikan. Maka beruntunglah orang yang Allah jadikan kunci-kunci kebaikan di tangannya dan celakalah bagi orang-orang yang Allah jadikan kunci-kunci keburukan di tangannya”.[/I][B]\[ Ibnu Majah, Dari Anas R.a dihasankan oleh Al-albani] [/B]

[B]Jadilah pemegang kunci kebaikan[/B] kerana ia akan mendapat keredaan Allah dan balasan syurga. Jadilah hamba Allah yang soleh dengan menunaikan kewajipan dan menghindari kemungkaran serta mengajak orang lain juga menjadi sepertinya. Golongan ini sentiasa mempromosi kebaikan dan perkara yang diredai oleh Allah SWT. Orang ramai akan mencarinya bila mempunyai sesuatu keperluan berupa kebajikan malah dia bersedia untuk membantu orang lain dengan senang hati tanpa upah dan ganjaran.Memadailah ganjaran di sisi Allah di akhirat kelak.

[B]Jangan jadi golongan yang kedua[/B] iaitu pemegang kunci keburukan. Golongan ini melakukan kejahatan malah turut mendorong orang lain untuk melakukannya. dia mempromosi perbuatan maksiat dan dosa. Dia mendapat dosa malah turut memikul dosa orang yang mengikutinya. Sebagaimana sabda Nabi saw yang bermaksud :

[I] “Sesiapa yang memulakan satu sunnah yang baik di dalam Islam dia akan memperolehi ganjarannya dan ganjaran orang yang melakukannya selepasnya dengan tidak kurang sedikitpun ganjaran mereka. Dan sesiapa yang memulakan satu sunnah yang buruk di dalam Islam dia akan menanggung dosanya dan dosa orang yang melakukannya selepasnya dengan tidak kurang sedikitpun dosa-dosa mereka.[/I]" [B]( Imam Muslim ) [/B]

Hindarilah diri dari menjadi pemegang kunci kejahatan ini kerana dosa yang bertimbun-timbun terpaksa dipikul akibat menjadi ikutan oleh orang lain. [B]Era IT yang serba canggih pada masa kini ramai benar pemegang kunci keburukan boleh dilihat di laman blog-blog dan laman sosial.[/B] Terdapat individu muslim yang menjadikan blog peribadi mereka sebagai sumber dosa dan maksiat. Dia meletakkan gambar-gambar yang mendedahkan aurat, separuh bogel, promosi filem dan video lucah, cerita-cerita berunsurkan fitnah dan gosip yang tidak berasas malah turut mempromosikan artis-artis kafir dan musyrik serta memujanya secara melampau-lampau. Bukan sedikit pengunjung blognya. Entah berapa ‘bukit’ dosa yang terpaksa dia pikul akibat memegang kunci kejahatan itu.

[B]Namun Alhamdulillah tidak kurang juga mereka yang ‘celik hati dan akhirat’ memilih untuk memegang kunci kebaikan.[/B] Mereka berkongsi ilmu agama dan ilmu keduniaan yang bermanfaat yang boleh dikongsi oleh orang lain. Sungguh beruntung mereka ini. Mereka mendapat pahala dengan sebab orang lain mengambil faedah dari blog-blog mereka. golongan ini akan terus mendapat pahala selagi ilmunya dimanfaatkan walaupun telah meninggal dunia sebagaimana maksud hadis nabi saw. Semoga Allah merahmati dan membimbing kita agar menjadi pemegang kunci kebaikan dan menjauhkan kita dari menjadi pemegang kunci keburukan. Mudah-mudahan Allah membimbing kita ke jalan yang diredaiNya.

[B]Hendaklah kita mengajar kebaikan kepada orang lain.[/B]

Dengan pengajaran yang dilakukan akan memberi kesempatan kepada ramai orang lain untuk menerima dan menimba kebaikan.

[B]Firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 104 yang bermaksud: "Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyerukepada kebaikan."[/B]

"Barang siapa yang menunjukkan (seseorang) kepada kebaikan, maka ia akan mendapat pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya." - (Hadis Riwayat Muslim).

[B]Senantiasa mempelajari dan mengkaji kebaikan[/B]

Seseorang yang mempelajari dan mengkaji ilmulayak disebut sebagai kunci pembuka kebaikan. Dengan belajar maka pada akhirnya ia akan terdorong untuk mengajarkan kebaikan yang dipelajarinya.

"Sebaik-baik orang dikalangan kamu adalah orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarkannya kepada orang lain" – HR Bukhari .

Dengan belajar, seseorang akan menghidupkan kembali ilmu gurunya yang mungkin hampir mati.

[B]Sentiasa mengamalkan kebaikan[/B]

Seseorang yang mengerjakan kebaikan akan dianggap kunci pembuka kebaikan kerana dengan mengamal kebaikan bererti ia memberikan contoh dan teladan kepada orang lain agar ikut mengerjakan kebaikan juga. Mengajar dengan contoh teladan lebih berkesan daripada mengajar dengan lisan.

Abu Darda' berkata: "Tidaklah kamu dianggap sebagai orang alim sehingga kamumengamalkan ilmumu".

[B]Sentiasa mendukung proses belajar dan mengajar pelbagai bidang kebaikan. [/B]

Sekiranya seseorang tiada kesempatan untuk belajar dan tidak mampu mengajar maka hendaklah ia menjadi orang yang memberi kemudahan kepada orang-orang yang mengajar dan belajar untuk melakukan kebaikan.

Firman Allah yang bermaksud:

"Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebaikan dan ketaqwaan." (Al Maidah ayat 2)

[B]Memberikan bantuan atau kemudahan kepada sesiapapun yang hendak mengamalkan kebaikan.[/B]

"Barangsiapa yang menyiapkan perbekalanuntuk orang yang berperang di jalan Allah maka ia akan mendapatkan pahala orang yang berperang." (Muttafaqun 'alaih).


[B]Menjadi penggembira dan memperlihatkan sikap bersahabat kepada penyeru kebaikan.[/B]

Seorang yang hadir dalam sebuah majlis kebaikan, meskipun hanya ikut-ikutan dan tidak serius melakukannya, juga layak dianggap sebagai kunci pembuka kebaikan sehingga layak mendapat keampunan dan rahmat Allah.

Dalam sebuah hadis Qudsi Allah berfirman:

"Saksikanlah olehmu bahawa Aku telah mengampuni mereka semuanya," Malaikat berkata: "Diantara mereka ada si fulan, ia bukan sebahagian daripada mereka, kerana sebenarnya ia datang untuk suatu keperluan." Allah berfirman:"Sesungguhnya Aku juga telah mengampuninya. Kerana mereka adalah suatu kaum yang barangsiapa duduk bersama mereka, maka tidak akan mengalami kesengsaraan." (HR Muslim).

Wednesday, February 9, 2011

waspadalah DUHAI UKHTIKU...


malam pasangannya siang,

Jaga pasangannya tidur,

Rajin pasangannya malas

Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah

pasangan kepada lelaki,

maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita

itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,

maka ia ada hubung kait dengan nafsu.

Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,

ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.

Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah

Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.

Simbol apa, semua orang tahu.

Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika

tidak dikawal dengan iman.

Maka mata lelaki ini selalu menjalar

apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang

perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki

dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.

Apabila seorang lelaki terlihat seorang

perempuan, maka perkara pertama yang akan

dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.

Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh

seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.


Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.

Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka

mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat

bentuk lehernya,

maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.

Maka mata lelaki itu akan turun lagi

melihat bentuk payu daranya,

maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk

payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan

turun lagi melihat

bentuk ramping pinggangnya,

maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak

bentuk pinggangnya,

maka mata lelaki itu akan melihat pula akan

bentuk punggungnya,

maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya

agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan

lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,

maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain

yang agak ketat sehingga terlihat bentuk

pehanya walau sedikit,

maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan

bentuk kakinya pula,

maka janganlah wanita itu berseluar, kerana

terus-terang pihak lelaki bercakap, walau

muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,

jika beliau memakai seluar,walau nampak besar

sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara

sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak

akan bentuk kakinya,

maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,

maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki

itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan

melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya

jangan sesekali berwarna kulit perempuan,

maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,

akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,

maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan

tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.



Maka wahai lelaki,

janganlah pula kamu melihat mukanya,

kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika

kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.

Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang

cantik akan menimbulkan fitnah,

maka berpurdahlah kamu,

jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis

penyakit,iaitu mata

lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika

ia terlihat warna yang menyerlah atau terang

jika ianya berada pada perempuan.




Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan

memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.

Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.

Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu

apakah dia mata lelaki itu, dan perlu

diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,

jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah

pula kita menjaga kehormatan diri masing2,

jangan keluar seorang2,keluarlah dengan

mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar

tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula

janganlah menjalar langsung kepada muslimah,

walau muslimah itu telah menutup aurat,

insyaAllah selamat dunia akhirat.


Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu

dan jagalah kemaluanmu".

Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,

sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung

masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum

lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak

mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia

dilarangi oleh Allah SWT.


Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.

Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..

Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…

wassalam




http://dl2.glitter-graphics.net/pub/439/439872zev6untzyt.gif
glitter-graphics.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...