Thursday, July 26, 2012

Saat dahimu ku kucup.........

karya shazli sufi (26/7/2012)

            Bercinta..aah soal cinta ini soal remeh,di usia aku yang baru menjangkau 20 an nie tidak seharusnya aku ambil pusing dalam hal-hal begini.cetus hati jimmy yang merupakan salah seorang penuntut di sebuah universiti.
            Jam di dinding menunjukkan pukul 1.30 pagi.tetapi entah mengapa mata dan hati jimmy terasa sukar untuk dilelapkan,tidak seperti hari-hari biasa.letak saja kepala diatas bantal maka hati dan mata terus layu seperti angin ditiup bayu.
            Malam ini perkara sebaliknya berlaku. sukar sungguh jimmy ingin lelapkan mata.pelbagai perkara difikirkan, baik soal pelajaran sehingga soal percintaan.persoalan itu seakan-akan anak kecil yang berkeliaran di sisi jimmy,memimpin jimmy untuk memikirkan kejadian pagi tadi sewaktu di kelas pengajian ustaz yusof.
            Qistina merupakan salah seorang muslimat yang sama-sama aktif dan istiqomah menadah kitab-kitab karangan ulama dengan ustaz yusof.teringat jimmy sewaktu dia mula-mula terlibat dengan kumpulan halaqah yang dipimpin ustaz yusof.banyak perkara dan perubahan positif berlaku pada dirinya.dan yang lebih manis lagi penglibatan dia di dalam halaqah tersebut telah menemukan dia dengan qistina.
            Bila berbicara mengenai perihal qistina.amat sukar sekali mendengar perkara-perkara buruk mengenainya. Baik akhlaknya,lemah lembut,kuat beragama, tinggi nilai prinsip hidup dan ditambahkan dengan wajah putih kemerah-merahan menjadikan qistina seorang muslimat idaman setiap muslimin sebagai calon teman hidup.
            Kejadian pagi tadi sedikit sebanyak menganggu ketenteraman hati jimmy. Dalam diam dia sebenarnya terpaut hati dengan qistina,tetapi perasaan itu tidak diendahkn sangat kerana tumpuannya pada gerakkerja dakwah dan pelajaran dilihat perlu diutamakan dulu.
            Yang merungsingkan hati jimmy bila mana dia mendapat kabar bahawa qistina bakal dilamar oleh sahabat baiknya sendiri,khairuddin. Teringat kisah perkenalan dengan khairuddin sewaktu sama-sama mendaftarkan diri di universiti dulu. Wajah tenang dan tinggi lampai menjadikan khairuddin seorang yang sangat disenangi dan sedikit sebanyak menjadi perhatian pelajar siswi di kelasnya.keterlibatan khairuddin dalam halaqah juga menjadikan hubungan jimmy dan khairuddin sangat akrab.
            Tetapi bila berkait dengan soal hati, jimmy menjadi buntu dan kusut.bunga yang selama ini menjadi impiannya bakal dipetik oleh sahabat baiknya sendiri.ingin dihalang tangan yang memetik, tangan itu banyak berjasa kepadanya.fikirannya kusut,wajah qistina tiba-tiba terbit dibenak fikirannya.
            Bingkas jimmy beristighfar panjang,lalu ditinggalkan tempat tidurnya menuju ke surau berhapiran bilik asrama kediamannya.jimmy mengambil wudu’ untuk membolehkan dia menunaikan solat dengan harapan fikiran dan hatinya kembali tenang. Kesunyian suahsana surau ditambahkan dengan cahaya lampu yang malap membantujimmy untuk menyembah sujud kepada Yang Maha Esa.
            Seusai solat,jimmy mencapai senaskah al-quran lalu dibacakan dengan teliti sehingga sampai pada ayat ke 26 surah an nur yang bermaksud “(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.”
            Tiba-tiba peristiwa 3 tahun lepas kembali menerjah benak fikiranya.kisah percintaan bersulamkan hawa nafsu antara dirinya dengan linda,bekas kekasihnya yang dikenali semasa menuntut di matikulasi. Percintaan yang penuh noda dan dosa itu kembali menghimpit jiwa jimmy. Jimmy awalnya merupakan seorang pemuda yang liar,tidak menitikberatkan soal agama.tetapi hidupnya berubah bila terlibat dengan halaqah yang banyak mengajarnya erti keindahan hidup beragama.jimmy bersyukur atas hidayah yang dikurniakan Allah swt kepada dirinya.sehingga dia tekat meninggalkan linda yang tidak senang dengan perubahan positif yang berlaku kepada dirinya.
            Jimmy hari ini adalah jimmy yang sayangkan agamanya,bukan seperti jimmy yang dulu,jimmy yang hidup tiada matlamat,bergelumang dengan maksiat,solat entah kemana,halal haram tidak dipedulkan.jimmy yang ada pada hari ini merupakan jimmy yang ingin menjadi hamba ALLAH swt yang taat dengan segala perintah ALLAH swt dan menjauhi laranganNya.bisik hati kecil jimmy.
            Tanpa disedari titisan air mata kekesalan dan kesyukuran mengalir membasahi pipi.jimmy terus mengangkat tangan dan berdoa supaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu dan lantas sujud tanda kehambaannya pada ALLAH swt.
            Selesai munajat kepada Yang Maha Esa.jimmy merasa tenang,segala kekusutan seakan-akan hilang,lenyap begtu sahaja.benarlah dengan mengingati Allah swt itu hati menjadi tenang.jimmy merebahkan dirinya di satu sudut surau untuk melelapkan mata.terasa tenang berada di taman-taman syurga.jimmy memejamkan mata sambil berzikir sehingga terlena.
            Keesokkan harinya dilalui jimmy dengan penuh bersemangat.dipenuhi aktiviti hariannya dengan menghadiri kelas-kelas pengajian di surau dan masjid untuk mempersiapkan dirinya sebagai pendakwah.teringat kuliah yang disampaikan oleh ustaz yusof dalam halaqah.ustaz mengatakan barangsiapa menginginkan kebahagiaan di dunia dia mestilah berilmu dan barangsiapa yang menginginkan kebahagiaan di akhiran dia juga mesti berilmu.
            Tiba-tiba talifone jimmy berbunyi menunjukkan di skrin talifone nombor 012-9391***.nombor tiada dalam simpanan jimmy.
Assalamualaikum,
Waalaikumusalam,
Maaf menganggu ini jimmy yang becakap?
Ya, ini jimmy bercakap,siapa nie?
Nie ana qistina.
Terkesima seketika jimmy menyambut suara lembut yang rupanya milik qistina.
Emm,yea qistina ada apa yea?
Begini jimmy,emm..
Yea kenapa?
Khairuddin minta ana sampaikan sesuatu kepada enta.dia kata barang nie khas buat enta dan dia minta ana sampaikan pada enta hari nie. Jadi ana sekarang di madrasah al-taqwa,boleh enta datang sini pada jam 4.00 petang untuk ambil baranga nie?
Insya’allah ana lapang selepas jam 3.30 petang.ana akan ke madrasah nanti.syukran atas bantuan ya ukhti. Assalamualaikum
            Waalaikumussalam.
Pelbagai persoalan timbul dibenak fikiran jimmy.wajah khairuddin menjelma di fikiran.kebelakangan ini khairuddin dirasakan jimmy tidak semesra dahulu,dia banyak menyendiri.kurang bercakap,dan sering saja pulang kekampung. Ahh mungkin dia sibuk menguruskan walimahnya dan mungkin barang yang ingin disampaikan itu merupakan kad undangan perkahwinan antara dia dan qistina.
Tetapi mengapa tidak dia sendiri yang memberikan kad undangan itu kepadaku?.adakah dia mengatahui aku juga mempunyai hati dengan calon isterinya?.bisik jimmy keseorangan.sebenarnya sudah seminggu lebih jimmy dan khairuddin tidak bertemu.di pengajian halaqah ustaz yusof pun khairuddin sudah lama tidak kelihatan.jika sibuk menguruskan majlis perkahwinan sekalipun takkan sampai mengabaikan tuntutan menuntut ilmu.bisik hati jimmy.aah mungkin dia ada di pengajian-pengajian lain. fikir jimmy yang cuba bersangka baik kepada sahabatnya.
Dari kejauhan terlihat kelibat seorang muslimah yang bertudung labuh berwarna putih dan berjubah pink berjalan ayu sambil memegang sepucuk surat.
Betul sangkaanku ini mesti kad undangan perkahwinan,bisik hati jimmy
Assalamualaikum, sapa qistina
Waalaikumusalam, jawap jimmy sampil tersenyum untuk menutupi perasaan sebenarnya.
Surat apa nie? Kad undangan perkahwinan ya? Gurau jimmy sambil mengambil sepucuk sampul surat yang dihulurkan kepadanya
Ada pulak,nie amanah dari akhi khairuddin,katanya dia mahu berikan kepada enta.sebenarnya sudah 2 minggu lebih surat nie berada dengan ana.tetapi akhi khairuddin mahukan surat ini diserahkan pada hari ini,oleh sebab itu ana laksanakan sebagaimana diamanahkan.
Mengapa tidak dia sahaja yang serahkan pada ana? Kenapa perlukan enti sebagai perantara? Soal jimmy sambil membuka sampul surat tersebut.
            Entah la.jawap qistina ringkas
Didalam sampul surat tersebut ada sekeping cek bernilai rm 8000 ringgit dan berserta sekeping surat yang berbunyi;
            Ukhuwah fillah abadan abada.................
Assalamualaikum sahabat kesayanganku akhi jamaluddin a.k.a jimmy
Sesungguhnya perkenalan kita merupakan satu perkara yang terindah buat ana.sebelum ana mulakan ana ingin memohon maaf atas segala salah silap ana terhadap enta.dan mungkin enta akan marahkan ana selepas membaca surat ini.maafkan ana wahai sahabatku,,
Pertamanya ana mulakan dengan firman Allah swt dalam surah ali imran ayat 102 yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.”
Genggamlah islam itu dengan genggaman yang kuat agar ia tidak terlepas dari dirimu,perhiasilah dirimu dengan ilmu dan akhlak yang mulia sahabatku.sesungguhnya kita bertemu,berkasih sayang,suka dan duka,susah dan senang semuanya kerana Allah swt. Oleh itu sahabatku jadikanlah ia satu ilmu kehidupan yang berharga dan bernilai.
Sahabatku jimmy..
Kebelakangan ini ana sering menyendiri,menjauhkan diri,kurang berbicara maafkan ana kerana berperilaku sedemikian.ana sebenarnya tidak mampu untuk menghadapkan wajah murung ini kepada sahabat.ana tidak mahu wajah ini merungsingkan jiwa sahabat.pasti diri akan kusut berfikir jika enta mengatahui apa yang ana hadapi.sesama enta menerima surat ini bermakna ana sedang didalam bilik bedah di hospital.ana sebenarnya menghidapi barah otak pada tahap ketiga dimana pembedahan yang dilakukan mengundang 75% risiko maut.jadi ana sudah bersedia untuk sebarang kemungkinan yang akan terjadi.Cuma harapan ana jagalah agama yang ada dalam diri.dan berserta surat ini ada cek bernilai rm 8000 ringgit hasil jualan novel ana yang diusahakan dahulu.gunakanlah duit itu untuk menyempurnakan separuh daripada agamamu sahabat,menikah lah,berita ana melamar qistina adalah benar,tetapi bukan untuk diri ana tetapi untuk sahabat ana yang sangat ana sayangi iaitu akhi jamaluddin...nikahilah qistina,ana tahu apa hasrat hati enta sejak mula enta mengenali qistina.ana sudah maklumkan hal ini kepada ustaz yusof dan jalannya telah terbuka.kini enta hanya perlu melangkah..selamat berbahagia sahabat...

Yang benar,
khai

KHAIRUDDIN............Ya Allah apa yang dah aku lakukan ini Ya Allah..dia menyayangiku sedangkan aku menyangkakan perkara yang tidak baik terhadapanya.detik jimmy sambil air mata yang seakan-akan tidak dapat dibendung lagi deras membasahi pipinya.
Enjin moto dihidupkan,jimmy terus menuju ke hospital. Sepanjang perjalanan jimmy berdoa agar sahabatnya selamat menjalani pembedahan kerana ingin sekali dikucup dahi sahabatnya itu memohon ampun atas segala salah silapnya.
Ruangan tempat menunggu hospital penuh dengan sanak saudara khairuddin. Terlihat jimmy akan fakaruddin abang kepada khairuddin:
Abang fakar!! Bagaimana keadaan khairuddin?? Soal jimmy sambil menitiskan air mata.
Khairuddin dah tak da jimmy..khairuddin menghembuskan nafas terakhir selepas 15 minit selesai pembedahan..ALLAH swt lebih menyayanginya.kata abang fakaruddin
Ya Allah.....innalillahi wainna ilaihirojiun...khairuddin. abang fakar ana nak tengak jenazah khairuddin
           Mari ikut abang..
Jimmy melangkah lemah menuju kearah sekujur badan yang ditutupi kain putih di dalam bilik.pelahan diselak kain tersebut menampakkan wajah sahabat yang pernah besama suka duka,kini kaku tidak bernyawa..
Lantas saat dahimu kukucup tanda uhkuwah kita akan kekal sehingga ke akhirat..tunggu ana khairuddin..bisik jimmy lemah
                                               -Tamat-

                       




Saturday, July 21, 2012

putera makkah....Matinya sebagai syuhada’

Ada seorang lelaki pada zaman jahiliyyah. Kehadirannya akan dapat dirasai walaupun dia berada dalam jarak yang jauh. Hal ini kerana, minyak wangi yang dipakai olehnya mampu terbau dari jarak yang sangat jauh. Pakaiannya adalah pakain yang paling mahal di Makkah. Dia adalah manusia yang ter’hensem’ di Makkah.

Dia anak kesayangan. Apa yang dia mahu ibunya akan perkenankan. Tiada siapa di Makkah, baik muda atau tua, pemudi atau pemuda, yang tidak mengenali Mus’ab dan mengimpikannya.

Namun, lelaki ‘malaikat’ ini, matinya bermandikan darah, tanpa dua belah tangan, dan kafannya tidak cukup menutupi seluruh tubuhnya. Bila ditutup kepalanya, terdedahlah kakinya, bila ditutup kakinya, terdedahlah kepalanya. Akhirnya Rasulullah SAW menyuruh kepalanya yang ditutup dan kakinya ditutup dengan daun.

Matinya sebagai syuhada’

Rasulullah SAW bersabda berkenaan dirinya:
“Tiada lelaki yang lebih cantik daripada Mus’ab bin Umair di Makkah ini, tiada sesiapa yang memakai pakaian lebih baik daripada Mus’ab bin Umair. Tiada anak yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang daripada dia”


Ya, itulah namanya. Mus’ab bin Umair RA.
Anda lihat, bagaimana manusia kaya di zaman jahiliyyah ini, bertranformasi menjadi seorang lelaki yang sanggup mengorbankan diri untuk Islam, dan akhirnya mati sebagai syuhada’.

Kisah Mus’ab bin Umair amat unik. Dia digelar ‘putera Makkah’ kerana semua orang mengidamkannya, kerana kehensemannya. Tetapi apabila hatinya disentuh cahaya Islam, dia tidak teragak-agak untuk meninggalkan semua kesenangan yang ada pada dirinya.
Dia adalah anak yang paling dicintai ibunya. Segala kehendaknya ditunaikan. Tetapi apabila dia menganut Islam dan ibunya mengetahui, ibunya telah menarik semua kesenangan Mus’ab. Segala pakaiannya yang cantik-cantik, wang saku, semuanya ditarik. Malah Mus’ab dipulau.

Namun Mus’ab tidak melatah. Tidak pula dia rasa susah. Bayangkan, anda biasa hidup dengan RM10,000 sebulan. Tiba-tiba anda perlu hidup dengan RM10 sebulan. Apa perasaan anda? Tetapi Mus’ab bin Umair tidak berpaling daripada Islam yang mungkin orang memandang sebagai penarik kekayaan dan kesenangannya.

Kenapa? Kerna dia yakin ini adalah jalan yang sebenar. Jalan yang membawanya kepada Allah.

Bila ibunya tidak berjaya menarik Mus’ab kembali kafir, Ibunya mogok tidak mahu makan sehingga Mus’ab kembali. Ibunya bertahan sehingga nyawa-nyawa ikan. Melihat keadaan ibunya, Mus’ab berkata:
“Wahai ibuku, andai Allah memberikan kamu 100 nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu persatu, saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali”

Ya. Itulah keteguhan.

Kita? Kadang-kadang ibu bapa sendiri suruh kita untuk taat kepada Allah. Tapi kita ingkar. Mus’ab bin Umair, ugutan ibunya tidak dijadikan alasan untuk meringankan tuntutan Islam.

Ibu, walaupun kafir, kita perlu taat kepadanya selagi mana dia tidak mengajak kita syirik kepada Allah atau melakukan perkara yang Allah larang. Tapi sekiranya mereka mengajak kepada keingkaran terhadap Allah, maka kita perlu membantah.

Mus’ab terus bertukar gaya hidupnya. Dari baju sutera termahal dan terbaik di Makkah, dari minyak wangi yang mampu dihidu dari jarak yang jauh, dari kulit licin cerah putih yang menawan, dia berubah menjadi seorang yang memakai baju lusuh bertampal-tampal, bau tubuh badan biasa, dengan kulitnya menjadi sedikit kasar kerana hidup dalam payah.

Rasulullah SAW apabila melihat Mus’ab bin Umair, baginda akan menangis. Sahabat-sahabat juga begitu. Hal ini kerana, mereka segan dengan besarnya pengorbanan Mus’ab bin Umair. Ya lah, dari putera Makkah, kepada manusia yang akhirnya diboikot tiga tahun tiga bulan bersama Rasulullah SAW, makan kayu daun kering. Siapa yang tidak akan rasa terharu?

Namun Mus’ab bin Umair tidak pernah menyalahkan Islam. Sedikit pun dia tidak pernah berkata Allah itu kejam kerana mneyusun hidupnya menjadi susah sebegitu walaupun dia telah memilih kebenaran. Tidak pernah keluar dari mulutnya rungutan dan keluhan atau rasa menyesal menagmbil Islam.

Tidak pernah.

Kemudian Allah memuliakan Mus’ab bin Umair. Rasulullah SAW memilih Mus’ab sebagai pendakwah ke Madinah. Kesungguhan Mus’ab bin Umair membuatkan tidak ada satu pun pintu yang tidak diketuk oleh sinar Islam.

Akhirnya, majoriti penduduk Madinah Islam di tangan Mus’ab bin Umair.
Sa’ad bin Muaz, pada zaman jahiliyyahnya di Madinah sebagai ketua kaum Aws. Dia datang dengan marah ketika Mus’ab bin Umair sedang menyampaikan Islam kepada penduduk Madinah. Bersamanya panah. Sampai sahaja, dia terus menarik baju Mus’ab dan mendekatkan panah itu pada leher Mus’ab. Dia menyuruh Mus’ab menghentikan usaha dakwah.

Mus’ab tidak melenting atau menentang. Kata Mus’ab:
“Apa kata kau duduk dahulu dan mendengar apa yang aku hendak katakan? Kemudian jika kau suka, kau boleh ikuti. Jika kau tidak suka, maka aku boleh pergi”
Kelembutan Mus’ab dan ketenangannya, membuatkan hati Sa’ad bin Muaz lembut. Apabila dia mendengar kata-kata Mus’ab, ceramah Mus’ab dan Islam yang Mus’ab sampaikan, Sa’ad bangun. Dia berkata kepada Mus’ab:
“Islam ini, bagaimana aku boleh menganutnya?”
MasyaAllah. Begitulah dia Mus’ab bin Umair.
Rasulullah SAW pun memuliakannya.

Ketika Peperangan Uhud, Mus’ab bin Umair adalah salah seorang jeneral. Dia pembawa panji.

Peperangan itu, menyaksikan Mus’ab bin Umair bertempur ibarat singa. Namun, kerana dia memegang panji, tentera musyrikin berusaha untuk menjatuhkannya. Tangan kirinya yang memegang panji diserang hingga terpotong. Pantas dia memegang panji dengan tangan kanan. Dia terus bertempur. Akhirnya tangan kanan turut terpotong.

Mus’ab bin Umair, untuk mempertahankan panji yang mewakili maruah Islam, terus memegang panji dengan kedua pangkal lengannya. Akhirnya tubuhnya itu dihujani anak panah, menyebabkan dia tumbang syahid.

Saat syuhada’ Uhud hendak dikebumikan, mayat-mayat syuhada’ Uhud ditutup dengan kain. Kain yang menutup Mus’ab bin Umair tidak cukup untuk menutup seluruh tubuhnya. Jika kepalanya ditutup, maka kakinya terbuka dan begitulah sebaliknya.

Melihat keadaan ini, Rasulullah SAW menangis.
Akhirnya diarahkan untuk menutup kepala Mus’ab bin Umair dengan kain, manakala kakinya ditutup dengan daun kering.

Begitulah dia kisah seorang syuhada’, ‘putera Makkah’ yang telah berkorban.
Pembaca-pembaca, ketahuilah bahawa, itulah namanya pengorbanan. Kadangkala, kita menyedekahkan seratus dua ringgit, kita rasa itu satu pengorbanan. Sedangkan gaji kita RM10,000 sebulan.

Kadangkala, kita dapat bangkit qiamullail dua rakaat, kita sudah rasa itu satu pengorbanan. Sedangkan kita bangkit itu sekali sahaja dalam setahun. Malah banyak hari kita terlajak subuh.

Kadangkala, kita dapat berpuasa sunat sehari. Kita berlapar. Kita rasa itu pengorbanan. Sedangkan kita berpuasa sunat itu sekali sahaja dalam beberapa bulan.
Kita baru studi sejam dua, kita rasa itu pengorbanan. Sedangkan kita leka dan lalai berpuluh-puluh jam lamanya.

Amal kita sedikit, kita rasa itu pengorbanan. Sumbangan kita sedikit, kita rasa itu pengorbanan. Hakikatnya, kita tidak faham apa itu ‘korban’. Pengorbanan yang sebenar adalah seperti apa yang ditunjukkan Mus’ab bin Umair kepada kita.

Sedangkan Islam, untuk bangkit seperti zaman kegemilangannya, memerlukan manusia-manusia yang sedia berkorban seperti Mus’ab Bin Umair. Pengorbanannya menonjolkan keimanannya. Kerna, manusia yang benar-benar beriman kepada Allah, dia akan faham dengan sebenarnya akan kata-kata:
“Cukuplah Allah sebagai wakil”

MasyaAllah…

Sama-sama lah kita, muhasabah diri kita, dengan sirah Mus’ab bin Umair ini.
Semoga kita berjaya menjadi hamba sepertinya.

Dia adalah antara anak-anak di madrasah Rasulullah SAW, yang melihat dunia dari jendela akhirat.

Semoga Allah bantu kita untuk menjadi seperti dia

Sunday, July 15, 2012

KISAH PEMUDA YANG TERLIHAT AURAT WANITA


Tuhanku, aku tidak layak untuk syurgaMu,
Tetapi aku tidak pula sanggup menanggung seksa nerakaMu,
Dari itu kurniakanlah ampunan kepadaku,
ampunkanlah dosaku,
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar,

~~~
Kisahnya berlaku di zaman Rasulullah S.A.W.
Terdapat seorang lelaki Ansar yang baru memeluk Islam.
Pemuda ini terlalu baik dan sentiasa berusaha untuk menjadi hamba Allah yang bertakwa.
Apabila Rasulullah s.a.w menceritakan tentang syurga,
dia akan segera menangis kerana merindui syurga Allah,
dan ketika Rasulullah s.a.w menceritakan tentang neraka pula,
dia juga segera akan menangis kerana takutkan api neraka Allah. 

Suatu hari, Rasulullah s.a.w telah mengamanahkan kepada pemuda itu satu bungkusan untuk disampaikan kepada seseorang dihujung bukit.
Pemuda Ansar itu menerima tugas dari rasulullah s.a.w itu dengan gembira.
Dia berjaya menyerahkan bungkusan itu kepada orang yang dimaksudkan Rasulullah s.a.w.
Selesai urusannya, dia pulang dengan hati yang gembira kerana telah melaksanakan tugasan yang diberi Rasulullah s.a.w dengan sebaiknya. 


Ketika melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka.
Pemuda tersebut terlihat akan seorang wanita.
Wanita itu berpakaian tidak sempurna dan menampakkan tubuhnya yang putih gebu. Pemuda itu beristighfar dan memalingkan wajahnya.
Dia meninggalkan tempat itu sambil menangis ketakutan. 

Dia meminta ampun kepada Allah kerana tidak sengaja memandang aurat wanita itu. Dia begitu takut dan tidak mahu pulang kerana malu kepada Rasulullah s.a.w. Dia yakin Rasulullah s.a.w akan mendapat wahyu daripada Allah.
Dia tidak sanggup berhadapan dengan Rasulullah s.a.w kerana rasa berdosa. 
Pemuda itu melarikan diri di kawasan bukit-bukit diantara Makkah dan Madinah. 

Selama 40 hari pemuda itu tidak pulang.
Rasulullah s.a.w khuatir tentang keadaannya.
Malaikat Jibril a.s turun memberitahu Rasulullah s.a.w tempat pemuda itu berada. 
Rasulullah mencarinya untuk dibawa pulang.
Ketika tiba di bukit tempat dia bersembunyi, terdengar pemuda itu berdoa : 


Tuhanku, aku tidak layak untuk syurgaMu,
Tetapi aku tidak pula sanggup menanggung seksa nerakaMu,
Dari itu kurniakanlah ampunan kepadaku,
ampunkanlah dosaku,
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar, 



Rasulullah s.a.w memujuknya untuk pulang.
Akhirnya dia akur kerana perintah daripada Rasulullah s.a.w.
Pemuda itu menangis menceritakan tentang dosanya yang tidak sengaja melihat aurat wanita.
Lalu Rasulullah s.a.w memujuknya dengan membacakan ayat 201 dari surah al-Baqarah.
Rasulullah s.a.w bersabda,
sesiapa yang membaca doa ini akan diampunkan Allah segala dosanya."
Ayat itu bermaksud, 
"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, 
dan peliharalah kami daripada seksa neraka ..."

Tatkala Rasulullah sudah membacakan doa dari surah al-Baqarah itu,
pemuda itu jatuh pengsan.
Apabila sedar, Rasulullah bertanya apakah yang menyebabkan dia pengsan,
jawab pemuda itu, dia begitu ketakutan mendengar Rasulullah s.a.w menyebut api neraka. Dia tebayangkan seksaan neraka yang teramat dahsyat.



Tidak lama selepas dia pulang, pemuda itu jatuh sakit.
Rasulullah s.a.w tahu sakit pemuda itu tidak akan sembuh dan sedang menunggu hari untuk kembali ke sisi Allah.
Rasulullah mengangkat kepala pemuda itu lalu dipangku di atas ribaan baginda, 
seperti yang baginda sering lakukan ketika melawat sahabat-sahabat baginda yang sakit. 

Lelaki itu menghalang Rasulullah s.a.w daripada meletakkan kepalanya di pangkuan baginda.
Katanya, "Aku ini hina ya Rasulullah, banyak sekali dosaku.
Sedangkan pangkuanmu itu terlalu suci dan bersih. "
Rasulullah menitiskan airmata kerana begitu terharu dengan ketakwaan pemuda itu. 
Lalu Rasulullah s.a.w bertanya apakah permintaan terakhir pemuda itu. 
Pemuda itu menjawab, "Wahai Rasulullah, sebelum aku kembali ke sisi-Nya, 
bolehkah engkau tanyakan kepada Allah, 
apakah Dia mengampunkan dosaku yang terlihat aurat wanita yang sedang mandi itu?" 



Rasulullah s.a.w berdoa dan turunlah Jibril a.s menyampaikan berita :
"Wahai Muhammad, Allah mengirimkan salam kepadamu.
 Khabarkan kepada pemuda itu, seandainya dia mati sekarang ini dengan membawa dosa setinggi langit dan seluas bumi sekalipun,
lalu dia bertaubat dan memohon ampun kepada Allah,
maka Allah menerima cintanya seluas langit dan bumi ini juga!" 




Selepas melafazkan kalimah La ilaha illallah,
pemuda itu menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Semasa jenazah pemuda tersebut dibawa untuk dikebumikan,
Sahabat terpandang Rasulullah s.a.w berjalan terjengket-jengket.
Sahabat bertanyakan, apakah kaki Rasulullah terkena duri atau kaca?
Lalu Rasulullah SAW menjawab,
"Bukan wahai sahabatku, kakiku bukan terkena kaca atau duri.
Sebenarnya aku nampak perkara yang kamu tidak nampak.
Aku berjalan begini kerana terlalu sesak.
Aku terpaksa berjalan begini kerana ...
tahukah kamu bahawa semua malaikat yang berada di langit turun ke bumi untuk memikul bersama jenazah pemuda ini.
Kerana itulah jenazahnya terasa ringan ketika dibawa.
Dia seorang lelaki penghuni syurga. " 

~~~
Itulah kisah hidup seorang pemuda hebat.
Betapa takutnya dia dengan azab Allah s.w.t walaupun dia tidak sengaja terpandang aurat wanita itu. 
Namun dia merasakan dirinya tetap bersalah yang teramat sangat,
dan kerana ketakutannya terhadap azab Allah,
sehingga menyebabkan ajal menjemputnya dipangkuan baginda rasulullah s.a.w yang mulia.. 


Semoga kita tidak tergolong dikalangan manusia yang lalai..  


Friday, July 13, 2012

J.O.D.O.H

copy paste


Pada suatu hari, Saya bertanya kepada emak, "Mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? "Mak jawab, "dua-dua bukan.." Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.

"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." Saya menarik nafas dalam-dalam."Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya."Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.

"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " mak menyusun ayat-ayatnya."Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu.."

Saya memintas, "Tak faham.."Mak menyambung "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.." Mak menyambung lagi,"begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."

Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..

Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi.Emak buat-buat tidak nampak.



Secret Admire
"Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. .lama budak tu tunggu mak..Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak..

Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu." Mak merenung jauh.Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

"Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil."Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..Mak takut pada Allah.

Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.."Mak, seperti kakak.." mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

"Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.

Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.."emak melemparkan pandangan ke lantai. "Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.

Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama da tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat

duhai anak.." mak menelan air liurnya. Saya diam.

Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.


Adakah ia suatu diskriminasi?



"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu.

Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."


Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan,

"Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia.

Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya.

Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain..

Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah..

Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya." emak berhenti seketika.. Bukan luar biasa...Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.

"Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang..

Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah..

Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.."

"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu..

Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "

Redha



"Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing

-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak..

Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. "

Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri. Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.

"Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.."

Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya....


thanx mom...T_T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...